Saturday, September 21, 2013

Indahnya Berbaik Sangka Pada Sang Pencipta ^_^

Subhanallah.. Maha Suci Allah..

Hidup akan terasa indah jika kita penuhi dengan prasangka baik. Berprasangka baik sebenarnya adalah saat dimana kita menghadapi segala sesuatu dengan fikiran positif, menyakini bahawa semua terjadi membawa kebaikan dan mengandung hikmah.
Saat sakit, kita berprasangka baik kepada Allah; mungkin Dia menginginkan kita berserah diri kepada-Nya dengan sepenuhnya; mungkin Dia hendak menghapuskan dosa-dosa kita; mungkin Dia bermaksud supaya kita terhindar dari musibah yang lebih berat. Dengan demikian, hati akan merasa longgar sehingga tidak banyak berkeluh kesah. Jiwa akan tenang dan tabah menghadapi ujian. Mata akan memancarkan cahaya optimis. Mulut akan melukis simpul senyum bahagia. 



Saat miskin, kita berprasangka baik kepada Allah; mungkin Dia ingin menjadikan kita orang yang tawadhu’ dan tidak sombong dengan harta; mungkin Dia ingin melihat sejauh dan sekeras apa usaha kita dalam menggapai kurnia dari-Nya; mungkin Dia ingin menjaga kesihatan tubuh kita,.sebab dengan sedikit harta, kita tidak banyak menginginkan bermacam ragam dalam bab banyak makanan, minuman, elektronik dan lain-lain yang semuanya itu tentu sedikit banyak membawa kesan negatif pada kesihatan tubuh kita. Dengan demikian, hati akan sentiasa besar, longgar dalam menghadapi segala keadaan. Jiwa tidak akan merasa kecil dan hina dengan kemiskinan, sebab ia telah menyedari bahwa kemiskinan adalah sebuah nikmat yang patut untuk disyukuri dan disambut dengan kebahagiaan.

Saat sedih, susah, boring, kita berprasangka baik kepada Allah; mungkin Dia ingin menjadikan kita orang yang sabar dan tabah; mungkin Dia menginginkan kita supaya banyak merenung dan sedikit tertawa, sebab banyak tertawa itu mengeraskan hati. Dengan demikian, kita tidak akan pernah putus asa untuk mengharungi bahtera kehidupan ini. Semangat, optimis, dan pantang menyerah, itulah yang akan tertanam pada diri kita.

Begitu juga aku pernah merasai pengalaman ini.. 
Walau setakat mana pun kita berusaha untuk menggapai sesuatu.. andai tidak berhasil..janganlah kita mudah berputus asa.. Contohnya dalam mengejar kerjaya.. Selama ini sudah banyak permohonan kerja telah aku mohon.. dan ada yg sudah pergi utk t/duga.. dalam proses untuk menempuh semua tu perlu kesabaran yg tinggi ..
Pada dua hari yang lepas aku telah menerima satu panggilan telefon daripada satu company nie  untuk t/duga jawatan sbg penolong pengurus. Aku mmg tidak percaya... terkejut pun ade.. dlm hati aku panjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi.. Bayangkan jawatan yg aku tak pernah terpikir utk apply..tiba2 dapat.... Subhanallah..Alhamdulillah.. Namun begitu, aku terpaksa menolak ats sebab2 tertentu.. Tambahan pula, aku ada amanah yg perlu di pikul.. Apa yg ingin dikongsi di sini.. mudah-mudahan kita sentiasa berbaik sangka pada Yang Maha Esa.. banyakkan bersabar, usaha..berdoa bertawakal padaNya.




Yakinlah bahwa setiap episod dalam kehidupan kita ini pasti ada hikmah dan keajaiban yang luar biasa. Oleh itu, hadapilah setiap masalah dalam semua sendi kehidupan ini dengan fikiran positif dan prasangka baik kepada Zat yang Maha Kuasa. Bersyukur dan berprasangka baiklah dalam suka dan duka. Ingat! Allah tidak akan membebani hamba-Nya dengan sesuatu diluar kemampuannya. ^_^

Friday, September 20, 2013

Hanya Kerana Sedekah...


“Adik payung ni berapa harga?” tanya ku kepada adik penjaga gerai.

“Satu RM14.90 kak,” jawabnya.

“Ok lah akak nak beli satu yang ini,” sambil tangan ku memegang payung berwarna hijau.

Lalu 2 keping note merah kuhulurkan kepadanya, dan baki RM5.10 dihulurkan kembali kepada ku, namun aku kembalikan 10sen (sekupang dalam bahasa utaranya) kepadanya.

“Ambillah dik akak sedekah sekupang ni.”

 Bagiku yang penting aku dapat payung untuk mengambil anakku dari kelas mengaji al-quran. Kebetulan tanpa ku sangka hujan turun mencurah-curah hari itu.

Selepas mengambil anak, aku bercadang untuk ke gerai seberang jalan untuk membeli makanan tengah hari, namun dijadikan cerita gerai makanan tersebut ditutup kepada orang ramai kerana para pekerjanya sibuk menyiapkan tempahan. Sesampai aku di hadapan gerai makanan tersebut, seorang pekerja menyapa ku,


“Kak kita tak buka untuk hari ini, tapi bos saya kata kalau akak nak beli jugak menu yang sama dengan tempahan ada lebihan,” salah seorang pekerja di situ bertanya kepadaku.

“Lauk asam pedas ikan parang, sayur kacang goreng dan sambal belacan saja menunya,” dia memberitahu.
“Hmm bolehlah dik, bungkus dua,” kata ku.

Setelah bungkusan bertukar tangan lalu kutanyakan berapa harganya.

“Kak, bos saya kata tak payah bayar dia sedekahkan makanan ini untuk akak dan anak akak,” terpana aku seketika, alhamdullillah rezeki bisik hatiku.

Sepanjang perjalannan balik peristiwa itu bermain-main dibenak fikiran ku. Pelbagai persoalan yang timbul, mungkinkkah kerana sedekah sekupang ku Allah gandakan balasannya dan dibayar tunai. Subhanallah… alhamdullillah… nikmat apa yang hendak didustakan lagi?


Aku teringat pada sabda junjungan yang pernah ku baca di laman rasmi Jabatan Kemajuan Islam dulu. 

Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda :

“Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya.”

(Hadis Riwayat Muslim)
Sedekah itu umpama pelaburan jangka panjang (long term investment) kerana Allah telah menjanjikan lima kebaikan di dunia dan lima kebaikan di akhirat iaitu; 
5 kebaikan di dunia :

1. Menyucikan harta

2. Menyucikan badan
3. Menolak bala dan penyakit
4. Mengembirakan orang miskin dan mengembirakan orang mukmin
5. Diberi keberkatan keatas hartanya dan diluaskan Allah rezekinya


5 kebaikan di akhirat pula ialah :


1. Dinaungkan Allah orang yang bersedekah di hari Qiamat ketika sangat panas

2. Ringan hisabnya
3. Berat timbangannya (amalan)
4. Mudah melalui titian siratal-mustaqim
5. Bertambah darjatnya di dalam syurga

Apa yang aku pelajari dari peristiwa ini untuk bersedekah tidak memerlukan wang atau harta yang banyak sebagaimana sabda Rasulullah SAW :

“Bersedekahlah kamu sekalian, meskipun dengan hanya sebiji tamar, sesungguhnya sedekah itu dapat memenuhi keperluan orang yang lapar dan menghapuskan kesalahan, sebagaimana air dapat memadamkan api.”
(Hadis Riwayat Imam Ahmad)

Paling penting hati kita mestilah melakukan dengan ikhlas kerana Allah.

Peristiwa yang telah aku lalui itu betul-betul membekas dihati kerana sedekah sekupang aku dapat makanan untuk dua orang. Sesungguhnya bersedekah itu indah.. ayuh sahabat sekalian marilah kita membanyakkan sedekah kerana Allah.
- Artikel iluvislam.com

JODOH... Janji Allah Itu Pasti ^_^

Janji Allah itu pasti. Dia akan berikan apa yang kita minta tepat pada masanya. Pada satu petang, aku kesunyian tinggal seorang diri di dalam rumah. Ku capai laptop dan online facebook. Ada seseorang yang seperti pernah aku jumpa sebelum ini ingin berkenalan denganku. Setelah lama ku renung nampak  seperti kawan lama sekolahku. Lalu aku ‘approve’ dia sebagai kawan. Tak lama kemudian dia menyapa di ruangan chat. Memandangkan  sendirian aku melayan ‘kawan lama’ itu berbual. Apabila tiba waktu maghrib dia meminta izin untuk solat dahulu. Dalam hatiku terdetik, bagusnya ‘kawanku’ ini. Usai solat kami sambung berbual. 





Dengan perencanaan Allah, kami ada ‘reunion’ dua hari selepas berbual di fb. Entah kenapa hatiku teruja untuk pergi ke ‘reunion’ sedangkan waktu itu kawan yang menguruskan ‘reunion’ bukanlah kawan rapatku. Aku sms beberapa kenalan rapat mengajak pergi ke ‘reunion’tapi tiada seorang pun yang bersetuju. Masing-masing ada urusan petang itu. Dengan perasaan hampa, aku tidur. Dalam hatiku tertanya-tanya kenapa aku begitu teringin pergi ‘reunion’ seperti ada magnet yang menarik. Lewat petang itu, aku terima sms yang mengajak aku pergi ke ‘reunion’. Dengan perasaan gembira aku bersiap ala kadar untuk berjumpa kawan lama di warung ABC. Kawan-kawanku sibuk menceritakan persiapan mereka untuk mendirikan rumahtangga, aku diam seribu bahasa. Aku tiada perancangan untuk berkahwin apatah lagi teman istimewa pun aku tiada. 

Hampir waktu maghrib aku tiba di rumah. Malam itu aku online fb seperti biasa. ‘Kawan lama’ tegur aku dan bertanya kenapa diam sahaja ketika ‘reunion’ tadi. Setelah berbual, dia bertanya akan statusku…. dengan tenang aku menjawab masih ‘single’. ‘Kawan lama’ terus melamar aku untuk menjadi teman istimewanya. Aku terkesima. Berbekalkan gerak hati, aku bersetuju dengan syarat dia boleh terima diriku seadanya dan tidak berjumpa berdua-duaan. Aku teringat kata-kata seorang senior dalam usrah ketika zaman belajar dahulu agar jaga batas pergaulan ketika couple kerana ia akan mencorakkan sedikit sebanyak akhlak anak kita nanti. Seseorang itu dibentuk dan dididik sejak zaman percintaan ibu bapanya lagi. ‘Kawan lama’ juga bersetuju dengan syarat yang telah aku berikan..





Sebelum tidur, aku terfikir betulkah tindakan yang aku lakukan ini? Dengan doa istikharah aku mohon diberikan petunjuk. Keesokkan harinya aku bangun tidur dan hatiku tenang. Kukira inilah jawapan Allah. Aku minta pada ‘kawan lama’ supaya minta izin ibu bapanya sebelum meneruskan niat  untuk mengenaliku lebih dalam… begitu juga dengan diriku. Setelah kedua belah pihak memberi restu kami teruskan proses perkenalan ini. Semuanya berjalan dengan lancar.

‘No dating’ walaupun rumah kami hanya dua minit. Tapi aku tidak kenal di mana sebenarnya rumah ‘kawan lama’ aku walaupun kami sekampung. Aku berkongsi mutiara kata dan email-email menarik untuk kami jadikan motivasi dan panduan dalam hidup.

Hampir setahun berkenalan, kami mengambil keputusan untuk mengakhiri perkenalan ini dengan ikatan yang sah. Aku tidak impikan majlis pertunangan, cukup sekadar ibunya menghantar sebentuk cincin sebagai tanda. Dalam tempoh 4 bulan bertunang, kami diuji.

Tanggal 2 Jun kami sah sebagai suami dan isteri. Paling tidak disangka, rumah yang pernah aku tumpang untuk reverse kereta dulu adalah rumah suamiku. Waktu reverse kereta hatiku terdetik kalaulah rumah ini buat kenduri mesti senang kerana kawasannya yang lapang.

Kini dia menjadi suamiku dan kami dikurniakan seorang puteri penyeri rumahtangga kami. Alhamdulillah kami bahagia meskipun diuji dengan tinggal berasingan dan hanya berjumpa di hujung minggu. ‘Kawan lama’ ini sebenarnya adalah rakan sekelas sejak  darjah 1.
Allah Maha Besar, ‘kawan lama’ ingat aku disebabkan pernah dimarahi ketika darjah 1 dulu.  Bila aku fikir kembali, begitu cantik aturan Allah. Kita merancang, Dia juga merancang tetapi yang terbaik itu dari Dia. Ada rahsia di sebalik rahsia yang tidak kita ketahui. Berdoa dan bergantung haraplah kepada Allah kerana Dia Lebih Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya dan bilakah masa yang sesuai.

Credit to: Penulis, Nur Ruzaini Che Mansor
                 Editor, Abi Aisyah

Artikel: www.iluvislam.com
http://www.iluvislam.com/tazkirah/8981-jodoh-itu-rahsia-allah.html




Monday, September 16, 2013

Tahap-tahap Kategori Perfume


 1. PERFUME (PARFUM)
Perfume atau parfum (dalam bahasa Perancis) mengandungi kepekatan minyak wangian yang tinggi iaitu 20% hingga 50%, menjadikannya tahan lebih lama jika dipakai. Harganya pun boleh tahan..

2.  (EDP)

Eau de Parfum mengandungi kandungan minyak wangian di antara 15-20%. Ia adalah jenis wangian yang paling popular kerana lebih murah jika dibandingkan dengan perfume dan masih boleh bertahan agak lama jika dipakai. Eau de perfume sangat sesuai dipakai di kawasan badan yang paling hangat, denyutan nadi, di pergelangan tangan, di kawasan tepi leher, di lipatan siku, di belakang lutut dan pergelangan kaki. Jangan meletakkannya di belakang telinga apa lagi jika terlalu banyak. Ini kerana kita mahukan bau yang harum bukan menyengat. Sesetengah orang juga kadang-kadang pening bila terhidu bau wangian.

3. EAU DE TOILETTE (EDT)

Eau de Toilette ialah campuran perfume di antara 5-15% . Ia tidak boleh bertahan terlalu lama. Tidak hairanlah ia hanya mampu bertahan di antara 3 hingga 4 jam bergantung kepada jenis kulit anda. Cara paling baik untuk menyelesaikannya ialah bawanya ke mana-mana (di dalam botol kecil). Baunya juga tidaklah sehebat Perfum atau eau de perfume tadi tetapi sudah boleh membuat orang di sekeliling anda menyedut udara dalam-dalam jika terserempak dengan anda. Haruman yang nyaman dan perlahan ini juga boleh memberi kesan yang sangat bagus. Tidak terlalu kuat dan tidak terlalu perlahan.

4. COLOGNE

Cologne mengandungi pati perfume yang paling sedikit iaitu sekitar 3% sahaja. Eau de Cologne ialah istilah yang digunakan hari ini untuk merujuk kepada campuran perfume. Ia adalah wangian yang paling kurang kepekatannya dan sudah tentulah lebih murah jika dibandingkan dengan yang lain.

Wangian & Wanita ^_^




Minyak Wangi.. ^_^ Aksesori wajib suntik keyakinan, elak bau badan

WANITA moden dan wangian bagaikan 'rakan akrab'. Ke mana saja, baik ke pejabat, majlis rasmi, berparti, acara kasual mahupun hanya keluar minum seketika bersama rakan, hampir setiap wanita pasti tidak akan lupa untuk menyembur wangian di badan. 

Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan hampir tujuh daripada 10 wanita akan membawa sekurang-kurangnya sebotol wangian kecil atau bersaiz sederhana di dalam beg tangan. Ini bagi memudahkan wanita masa kini menggapai botol wangian di kala perlu, lebih-lebih lagi pabila keluar berdua bersama kekasih.

Hakikatnya, rata-rata wanita mempunyai pendapat tersendiri mengapa wangian sangat diperlukan dalam aktiviti harian. Selain bagi mengelakkan bau badan yang tidak disenangi, wangian juga mampu menambah keyakinan diri, menyerlahkan penampilan serta kecantikan semula jadi yang saling berkait. 

Maklumat daripada beberapa laman web menyebut wangian atau dipanggil ‘perfume’ diketahui wujud di beberapa tamadun manusia paling awal melalui teks kuno atau penggalian arkeologi. Wangian moden bermula pada akhir abad ke-19 dan seni membuat wangian mula pada zaman kuno Mesopotamia dan Mesir kemudian disempurnakan di Rom dan juga Parsi. 

Pada 2005, ahli arkeologi menemui wangian tertua di dunia di Pyrgos, Cyprus yang berusia lebih daripada 4,000 tahun. Ia ditemui dalam sebuah wangian kuno. Orang kuno ketika itu menggunakan herba dan rempah seperti kacang almond, ketumbar, murad, resin, bergamot dan bunga bagi menghasilkan wangian. 

Lantaran itu, memahami keperluan wanita masa kini yang memiliki kerjaya hebat, banyak wangian di perkenalkan di pasaran oleh jenama antarabangsa mahupun tempatan. Tidak cukup dengan jenama wangian yang ada, beberapa selebriti seperti penyanyi dan pelakon dari Hollywood juga tidak terlepas menghasilkan wangian kegemaran dan dikomersialkan menerusi jenama masing-masing.

Penyanyi Paris Hilton juga tampil dengan wangian baru dikenali sebagai Tease, baru-baru ini. Wangian terbaru itu adalah inspirasi beliau yang hidup dalam dunia glamor, bersesuaian dengan penampilannya yang bergaya retro kontemporari tetapi masih mengekalkan ciri wanita anggun. 

Karektor Paris Hilton diterjemahkan imaginasinya menerusi Tease yang dikatakan menyerlahkan keseksian ketika berdepan dengan kamera, keseronokan dan kesegaran sepanjang masa. 

Botol kaca berwarna ungu kembali membayangi dari gelap ke terang. Gaya sofistikated, segar dan rasa lebih muda dengan bentuk botol bulat yang sesuai dengan jiwa wanita. Wangian lembut semerbak itu dihasilkan daripada pati bunga kelopak bunga melati, bunga kemboja, melati sebagai wangian utama dan digabung bersama pati buah seperti epal Fuji, buah peach nectar dan bergamot sementara golden amber, blonde Woods dan warm sand accord sebagai wangian asas sensasi.

Selain Paris Hilton yang terkenal dengan gaya anak muda ranggi, penyanyi terkenal, Mariah Carey memperkenalkan koleksi wangian terbarunya, Lollipop Bling. Bekerjasama dengan jenama produk kecantikan, Elizabeth Arden, wangian berkenaan adalah trio inovatif berinspirasikan kepada manisan. 

Carey berkata, ia adalah inspirasi selepas suaminya Nick melamarnya dengan memberi kejutan sebentuk cincin gula-gula. Ia sangat romantik, menyeronokkan dan berjiwa muda. 

Menerusi personaliti yang ramah dan bersahaja, ia antara inspirasi penghasilan wangian itu untuk gaya feminin. Kombinasi rasberi coklat dengan sentuhan magnolia mencipta wangian memukau. Beri biru dan sentuhan madu dan nanas mencipta wangian ceria dan hangat.

Botolnya didatangi dengan tiga warna berbeza iaitu merah bak permata, kuning dan juga warna pelangi dengan penutup rekaan rama-rama sebagai lambang identiti Mariah Carey. 

Jenama Stella Nude pula memperkenalkan wangian Stella McCartney bagi membangkitkan gaya feminin yang mengingatkan kepada wangian bunga mawar. Konsep baru dan klasik meningkatkan kesan duniawi yang lebih terbuka dengan sensual aroma Maghribi apabila digabung bersama sedikit bauan limau bali. Wangian itu ketara aroma feminin apabila diselitkan dengan rasa pedas lada merah muda.

Rekaan botol wangian Stella McCartney menunjukkan karektor wanita yang kontra dan lebih feminin serta gaya mainan maskulin. Pemilihan warna menggambarkan warna alam semesta dan mencerminkan perancangan halus. 

Wangian membangkitkan aura harum semerbak. Semburan pada bahagian leher, lengan dan belakang lutut memberi kesan tahan lebih lama. Menggunakan wangian sama dan serasi mencerminkan personaliti seseorang. Oleh itu, wangian penting ke mana saja kita berada.

Sumber: Oleh Hidayah Mohammad hidayah@bharian.com.my 2010/10/27


Rahsia Wangian Personaliti Seseorang ^_^

As salam... Selamat pagi  semua  ^_^Anda suka wangian yang macam mana??  nak share sikit pasal jenis2 wangian yang melambangkan personaliti seseorang..nak tau?? jom baca sampai abis…

BUNGA-BUNGAAN :- Dengan aroma wangian bunga-bungaan yang akan memperlihatkan diri kamu lebih feminin dan romantik.


BUAH-BUAHAN :- Bauan segar dari aroma buah-buahan memperlihatkan diri kamu lebih segar dan bersemangat.


OCEANIC :- Wangian moden yang menggunakan elemen sintetik yang melahirkan bauan yang menjurus kepada lautan dan individu yang menggemari bau-bauan sebegini tergolong antara individu yang cintakan persekitaran.


HIJAUAN SEMULAJADI :- Memberikan kesegaran dan tenaga, justeru wangian ini melambangkan kamu adalah individu yang gemarkan aktiviti luar !


ORIENTAL :- seksi, eksotik, dan gigih mungkin itulah definasi yang mampu menggambarkan individu yang gemarkan bauan sebegini, bau-bauan seperti musk, vanilla dan bau bunga-bungaan yang keras tergolong dalam kategori ini.


KAYU-KAYAN :- wangian yang mempunyai unsur bauan saperti kulit kayu, lumut atau benda-benda lain yang kamu boleh jumpai didalam hutan adalah tergolong dalam kategori ini.


Ternyata individu yang gemarkan bau-bauan sebegini, mereka gemarkan kebebasan dan mungkin mereka juga terdiri dari individu yang agak lasak.. psssstttt korang suka pakai wangian yang macam mana?? ^_^

Sah Solat Pakai Wangian Beralkohol

Sah solat pakai wangian beralkohol
Berikut adalah beberapa kemusykilan yang telah dijawab oleh panel penasihat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Kod Rujukan Soalan 0h5ne

Soalan :penggunaan minyak wangi beralkohol di dalam solat atau majlis majlis ilmu bagi lelaki. soalan nya adakah kita boleh menggunakannya atau tidak sebab banyak yang saya dengar mengatakan tidak boleh. tetapi saya ada membaca bahawa ianya tidak membtalkan solat, jadi apa hukum sebenar untuk kita memakai minyak wangi yang beralkohol. adakah boleh atau tidak langsung jika ingin dipakai ketika solat?
Jawapan :Hukum memakai minyak wangi beralkohol ketika solat adalah harus. Kandungan alkohol yang terkandung di dalamnya adalah jenis alkohol industri dan bukannya alkohol yang terdapat dalam makanan.

Kod Rujukan Soalan g0wzt

Soalan :salam ustaz..boleh ke pakai minyak wangi yang beralkohol dan kemudiannnya solat?sebab ada ustzh y ckp blh..
Jawapan :Assalamualaikum..solat mereka yang memakai minyak wangi beralkohol adalah sah. Ini kerana alkohol yang terkandung di dalam perfume adalah berbeza dengan alkohol yang terdapat di dalam arak. Ringkasnya alkohol yang terkandung di dalam perfume tidak dihukumkan najis.

Kod Rujukan Soalan 0fby1

Soalan :Salam, Apakah hukumnya minyak wangi beralkohol digunakan dalam solat(ibadat).Adakah ianya najis?
Jawapan :Waalaikumussalam Wrt. WbtMinyak wangi beralkohol harus digunakan dalam solat. Hal ini kerana alkohol yang terkandung di dalam wangian bukan dari sumber yang najis.

Kod Rujukan Soalan u3wk4

Soalan :1.apakah hukum jika memakai minyak wangi beralkohol ketika melakukan ibadat..
Jawapan :Assalamualaikum wrt., Minyak wangi yang mengandungi alkohol boleh/harus dipakai dan boleh dibawa untuk melakukan ibadat.. Alkohol yang terkandung di dalam minyak wangi adalah berbeza dengan alkohol yang terdapat di dalam arak.

Kod Rujukan Soalan xg4ad

Soalan :Assalamualaikum wbt. Saya ingin mendapatkan kepastian pengunaan minyak wangi beralkohol ketika menunaikan Solat. Terima Kasih.
Jawapan :waalaikumussalam...hukum solat adalah sah. Muzakarah Fatwa Kebangsaan Malaysia telah memutuskan harus/boleh menggunakan minyak wangi beralkohol.


Sumber : http://islamgrid.gov.my/about.php


Hukum Memakai Minyak Wangi

Masih ramai dikalangan kita orang Islam yang keliru dengan hukum pakai minyak wangi. Mereka hanya tahu hukum minyak 'attar'.Walhal hakikatnya adalah sama. Attar itu adalah minyak wangi dan minyak wangi itu adalah attar. Bahasa arab dan bahasa Melayu. Alim Ulama kita dah lama bincang pasal ni.Dan dahpun ada hukum pemakaiannya. dek kerana sikap kita malas untuk mencari ilmu maka permasalahan ini masih timbul.

Terdapat beberapa pandangan ulama dalam masalah pemakaian perfume. semua pandangan ini adalah harus dan boleh dipakai..

1. Fatwa Majlis Kebangsaan :" Ubat - ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah      dimaafkan, yakni DIHARUSKAN penggunaannya."

2. Lembaga Fatwa Al Azhar berpendapat bahawa alkohol itu TIDAK NAJIS manakala arak tetap najis.


3. Fatwa almarhum Syeikh Sya'rawi (rh) dalam kitabnya " Anta Tas al Wa Islam Tujib " menjelaskan bahawa :" Memakai perfume yang mengandungi alkohol HALAL hukumnya. Alkohol hukum-nya menjadi haram jika diminum untuk bermabuk-mabuk."


4. Menurut Kitab " Al Fiqh Al Muzaahibil Arba'ah" dalam bab " An Najaasaat" juzu' 1menjelaskan bahawa alkohol yang dimasukkan ke dalam minyak wangi agar tahan lama atau untuk tujuan menaikkan roti, hukumnya adalah HARUS.


5. Syeikh Rashid Redha dalam penulisan tafsirnya yang masyhur iaitu " Tafsir Al Manar " menyatakan bahawa hukum alkohol TIDAK NAJIS dan penggunaannya dalam minyak wangi diBOLEHKAN atas dasar tidak adanya dalil yang tegas tentang kenajisannya.


6. Imam Asy - Syaukaani (rh) dalam kitabnya " Nailul Awthor " juga bersependapat diharuskan dan tidak najis.