Sunday, June 26, 2011

5 minutes...

Ujian Psikologi Mengenal Sahabat

Ujian psikologi ini adalah bertujuan mengetahui sejauh mana ketulusan sahabat-sahabat kita....soalannya mudah:
Anda diminta menanam pokok kelapa. Ada 4 tempat pilihan anda kena pilih...
1- tepi sungai
2- halaman rumah
3-tepi/tengah padang
4-belakang rumah/tepi dapur

Jawab dengan jujur ya!!!

zwani.com myspace graphic comments
Friends Graphic Comments




dah pilih????
ok setiap tempat yang dipilih membawa maksud tertentu...
1- tepi sungai
-boros
-sukar berjimat
-boleh juga dikatakan sangat pemurah/pemboros

2- halaman rumah
-sangat suka dipuji
-pantang dibodek/dipuji akan melayan orang yang dipuji dengan begitu baik sekali

3-tepi/tengah padang
-sangat berkira/kedekut

4-belakang rumah/tepi dapur
-penjimat
-pandai menguruskan kewangan dengan baik
-paling bersederhana dalam semua segi


Tuesday, June 7, 2011

Kucing dan Islam

Abu Qatadah berkata bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, "Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang perumahan)," [Hadis Riwayat At-Tirmidzi, An-Nasa'i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah].

Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW pergi ke Bathan suatu daerah di Madinah. Lalu, baginda bersabda, "Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bejana." Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju ke bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sehinggalah kucing tersebut berhenti minum lalu (baginda) berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, "Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis."

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, ia lupa pada buburnya. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, 'Aisyah RA lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya. Rasulullah SAW bersabda, "Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling." Aisyah pernah melihat Rasulullah SAW berwudhuk dari sisa jilatan kucing, [Hadis Riwayat AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni].

Hadis ini diriwayatkan dari Malik, Ahmad, dan Imam Hadis yang lain. Oleh kerana itu, kucing adalah binatang, dimana, peluh, bekas dari sisa jilatannya adalah suci.

Nabi Muhammad SAW juga pernah memberi gelaran kepada Abd al-Rahman ibn Sakhr Al-Azdi sebagai "Abu Hurairah" yang beerti "Bapa anak-anak kucing" kerana sikapnya yang sangat menyayangi kucing.

Manakala menurut periwayatan Hadis Nabi didalam Sahih Bukhari Jilid 3, Buku 40, Nombor 552, menerangkan cerita seorang wanita yang telah terkena cakaran oleh seekor kucing dan bagi menghukum kucing itu, wanita tersebut telah bertindak mengurung kucing dalam sangkar penjara dan tidak memberikan kucing tersebut makanan atau minuman. Maka wanita itu dibalas/dihukum oleh Allah dengan buruk atas perbuatan wanita itu.

Sayangku Si Comel...



...Dari kecil lagi ku sudah mula mengenalimu... ku bersyukur kehadrat Illahi kerana di pertemukan dengan si comel dari dulu lagi... bagiku perasaan kasih sayang itu umpama titi dan penghubung hati... sukar utk digambarkan dengan kata-kata... kerna kasih sayang itu luas skopnya... macam-macam ragam kucing dapat ku kenal dan ketahui... terlalu manja..., cute sgt!!! hu3
walaupun hampir 10 ekor kucing telah kubela dirumah.... rase tidak terhitung dgn kasih sayang yg kucurahkan.... si comel itu.... kdg kala merajuk... kdg kala terlalu aktif.... terlalu setia pun ada menanti kepulanganku... pintu itu saksinya.... masa itu waktunya... kau terlalu istimewa bagiku... kalu ingin keluar rumah... ada-ada sahaja ragamnya... Miko namanya... terhibur ku dibuatnya.. bertambah kasih dan sayangku ini.. ade jgk yg mencuit hatiku... mmg hilang tension dan rase senang sekali tiap kali bersama mereka.... Koala Ucukk, Koko, Kiki, Lala, Mucang, Poke, Tomei, Shiney,.. Pok Tam, Manja, Amafura, Beyen, Anjang, Putih, Chiki, Ciko, Gapi, Raket, Pocimon, Doraemon, Boboy, Bella, Cik Duteh, Popeye, Belang, Ucu, Nyetnyet... dan Tapong .... merupakan nama-nama kucing kt rumahku yg ku bela ...kalu di hitung... masih byk lagi ni.... heheheeeeeeeeeeee.Tapi, antara nama-nama tersebut... ada juga yg telah tiada... rasa hiba seketika bila terkenang kembali memori lama....
kaulah pengubat luka.... kaulah penghibur di kala kesepian..... kaulah sayangku Si Comel



P/S- Al~Kisah....Gambar-gambar kucing ni (seperti di atas) terdiri drpd si mama iaitu Koala Ucukkk, setakat ni dh 6 kali beranak termasuk yg ni dikurniakan 4 ekor anak ...Alhamdulillah. bertambah keluargaku... ada 2 warna oren dan 2 warna ala2 cam mama dye.. bley wat couple nie.. hehe. Yg warna terang nama Gapi (anak sulung) sbb bulu lebat ala2 Garfield.. kasi manja lebih bg nama Gapi... huhu. Yg warna oren biasa ni namanya Anjang(anak ke-3) sbb ekor pjg dan unik... pastu yg warna cam mama dye tuu di beri nama Nyet-nyet sebab anak bongsu n time kecik2 suka mengiau.. kdg2 sampai lewat malam. meoW...meoW... yg seekor lagi plak namenye Tapong (anak ke-2)... diberi nama camtu sebab warna yg menarik dan bercampur antara oren, hitam... ~ habis daa...