Friday, November 19, 2010

Ungkapkan kata cinta!

AKU cintakan kamu, kaulah kekasihku dan seumpamanya, antara frasa yang sukar diungkapkan oleh sebahagian lelaki walaupun perasaan atau cintanya amat dirasakan.

Tidak diketahui sama ada didorong rasa malu atau lelaki memang menyimpan perasaan, wanita harus faham sifat semula jadi lelaki. Ada segelintir wanita yang mendambakan ungkapan cinta daripada orang yang dicintainya tetapi bagai menunggu buah yang tidak gugur, si lelaki yang diharapkan tidak juga meluahkannya.

Apabila seorang Adam dan Hawa dipertemukan, tidak kira sama ada lelaki atau perempuan yang memulakan luahan terlebih dulu, sebenarnya mata berfungsi sebagai penyampai maksud dan pesanan jujur.

Tidak kira sisi mana pandangan pertama singgah, ia dikatakan boleh menzahirkan rasa cinta. Jangan hanya menunggu lelaki yang memulakan segalanya kerana ada lelaki lebih didorong rasa malu. Mereka enggan menuturkannya walaupun di hati bergolak rasa yang membuat dia resah sentiasa setiap kali memandang orang yang amat disenanginya.

Sebagai wanita, anda juga boleh mengungkapkannya tetapi biarlah dilakukan secara berhemah dan tidak memalukan diri.

Berikut mungkin beberapa tanda menunjukkan si wanita menyimpan perasaan terhadap seseorang, antaranya:

• Berbicara mengenai masa depan

Si dia senang duduk berbincang dengan seseorang mengenai masa akan datang. Mungkin soal rumah, kedudukan kewangan atau hal anak.

Jika ini tingkah laku yang ditunjukkan si dia, bermakna dia ingin bersama anda selamanya dan cara dia menunjukkan minat seolah-olah memberi gambaran kepada anda supaya faham keinginannya.

• Tunjuk minat

Sewaktu berbicara dengannya walaupun anda memperkatakan hal tidak munasabah, si dia masih memberi komen membina.

Setiap isu yang anda timbulkan mendapat sokongannya. Sama ada anda memang pandai berbicara atau dia menaruh minat mendalam terhadap anda, itu harus dikenal pasti.

Lebih jelas, jika dia memainkan rambut sambil tersenyum manja setiap kali berbicara. Jika anda kurang yakin dengan maksud yang cuba disampaikan, dapatkan pandangan rakan.

• Anda diperkenalkan kepada rakannya

Anda sudah diterima masuk dalam kehidupannya. Salah satu sebab anda diperkenalkan adalah untuk memberitahu rakannya, 'Ini aku punya', dan satu lagi sebab ialah untuk mereka menilai diri anda.

Jadi, pastikan anda turut mengambil hati rakannya, namun jangan sampai dia cemburu.

• Dia tidak senang duduk

Sesetengah wanita biasanya akan menunjukkan petanda awal yang tidak begitu jelas dan kemudian mengharapkan anda untuk mengambil alih peranan seterusnya.

Jika anda berjaya mengesan petanda ini, hanya sedikit usaha mampu membuahkan hasil kerana 'pintu' hatinyanya sudah terbuka untuk anda.

Biasanya tanda awal ini ditunjukkan dengan berjalan mundar-mandir di belakang anda atau tidak sengaja terlanggar bahu sambil menjeling manja.

Walaupun dia sekadar mengatakan 'maaf!', itu adalah petanda yang perlu diberi tindakan segera.

• Dia menjual dirinya

Jika percakapan atau gerak lakunya menunjukkan seperti dia sedang mempromosikan aset dan kelebihannya, bermakna anda sedang diberi petunjuk jelas olehnya.

Secara tidak langsung, dia ingin membuatkan anda terasa yang dirinya berbaloi untuk dimiliki.

• Bersikap terbuka

Biasanya wanita tidak akan mendedahkan terlalu banyak maklumat mengenai peribadinya. Hanya jika dia betul-betul berminat dan percayakan anda, barulah segalanya akan diceritakan. Anggaplah ia sebagai petunjuk utama mengenai keinginannya.

• Membayangi anda

Bukan membayangi seperti mengatasi diri anda, tetapi menjadi seperti bayang-bayang anda. Ke mana saja anda pergi, pasti dia akan mengikut.

Dia juga menunjukkan minat mendalam terhadap percakapan anda walaupun tiada kena mengena dengan dirinya. Dia sebenarnya lemas dengan keinginannya untuk mendampingi anda. Berikan dia ruang untuk menunjukkan kemahuannya.

Monday, June 14, 2010

Kisah Pengemis Dan Isteri Cantik

Kisah Pengemis Dan Isteri Cantik

Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan. Diruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.''Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.'' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.

Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isterinya yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain. Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan. Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri menangkup muka sambil menangis.

Si isteri mengadu, si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulu pernah menengking seorang pengemis . Suami yang baru itu menjawab dengan tenang : ''Demi ALLAH ,akulah pengemis yang dihalau dan ditengking itu .

RASULULLAH S.A.W Bersabda: ''Sedekah itu dapat menutup 70ribu kejahatan''.

Anas Malik pula meriwayatkan bahawa NABI MUHAMMAD S.A.W ada bersabda yang bermaksud ; ''Barang siapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dia dengan kekayaanmu. Barang siapa yang mempunyai ilmu, maka sedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga bersedekahlah dengan tenaganya''.

P/S: Kisah Ini Memberi Pengajaran Bahawa Hidup Kita Seperti Putaran Roda Dan Tidak Selalunya Di Atas .Ada Masa Dan Ketikanya Kita Akan Turun Dan Ke Bawah Dan Naik Semula Atau Sebaliknya .

(sumber:www.iluvislam.com)

Friendship...




Friendship is give and take,
Friendship is understanding and forgiving when a friend makes a mistake,
Friendship is about being there when a friend’s heart aches…

Friendship is not about making demands,
Friendship is not even trying to understand and dismissing the other out of hand,
Friendship is not about me, it’s about we…

Friendship is not saying never speak to me again, it’s lets get through this my friend,
What ever the problem we have, we can beat it my friend, just hold my hand and lets face it together until the end…

That’s a friend….

Thursday, June 10, 2010

Tolong Sampaikan Kepada Si Dia...

zwani.com myspace graphic comments
Myspace Hearts Comments & Graphics


Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya...
Cinta agung adalah cintaNya...
Cinta manusia bakal membuatnya alpa...

Tolong nasihati si dia...
Jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa...
Jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa...
Jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibubapanya...

Tolong katakan pada si dia...
Dahulukan Allah kerana di situ ada syurga...
Dahulukan ibubapanya kerana di telapak itu syurganya...

Tolong ingatkan si dia...
Aku terpikat kerana imannya bukan rupa...
Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta...
Aku kasihinya kerana santunnya...

Tolong tegur si dia...
Bila dia mula mengagungkan cinta manusia...
Bila dia tenggelam dalam angan-angannya...
Andai nafsu mengawal fikirannya...

Tolong sedarkan si dia...
Aku milik Yang Maha Esa...
Aku masih milik keluarga...
Tanggungjawabnya besar pada keluarganya...

Tolong sabarkannya...
Usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana...
Andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta...
Bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya...

Tolong pesan padanya...
Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya...
Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya...
Aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya...

Tolong khabarkan pada si dia...
Aku tidak mahu melekakan dia...
Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya...
Jadilah penyokong dalam kejayaanku...

Tolong sampaikan pada si dia...
Aku mendambakan cinta suci yang terjaga...
Cinta kerana Allah tidak ternilai harganya...
Hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa...

Tolong sampaikan pada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...

Hanya Engkau Ya Allah Mengetahui Siapa Si Dia... Moga Pesananku Sampai Padanya Walau Aku Sendiri Tidak Mengetahui Siapa Dan Dimana Si Dia...Moga Dia Seekor Lebah Yang Sentiasa Memuji keagungan Yang Maha Kuasa Memasuki Taman Larangan Dengan Sopan Santunnya Dan Bertemu Mawar Berduri Yang Terjaga Oleh Tuannya..

Simpanlah Pesanan ku Ini Sehingga Engkau Bertemu Diriku Suatu Hari Nanti...

Wednesday, May 26, 2010

Kisah Ibu Menangis...

Kisah Ibu Menangis...



Untuk tatapan semua...


Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya,

“Mengapa engkau menangis?"

"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti", kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata,

"Dan kau tak akan pernah mengerti" Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya,

"Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu membesar menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita suka menangis. Akhirnya ia mendapat petunjuk dari Tuhan, Antara bisikan yang didengarinya adalah:

1. "Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "

2. "Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "

3. "Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "

4. "Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "

5. "Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "

6. "Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu "

7. "Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan walaupun kadangkala dia tidak memerlukannya."

Tahukah kamu: Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, karena itulah pintu hatinya – tempat dimana cinta itu ada."

( Sumber: www.iLuvislam.com )

Kisah Cinta Kopi Masin...

Kisah Cinta Kopi Masin...


Dia baru sahaja tamat belajar sebagai seorang doktor di UK. Masih bujang dan tercari-cari seorang isteri sebagai teman hidup. Pada suatu hari, ketika sedang minum di sebuah kedai kopi berdekatan dengan sebuah ma'had tahfiz di Lembah Beringin bersama seorang rakannya yang hafaz Quran, dia terpandang seorang gadis yang sungguh cantik. Dengan wajahnya yang tenang dan penampilan solehah, gadis itu sungguh menawan.

Si doktor dan si gadis bertentangan mata, tetapi dengan segera kedua-duanya mengalihkan pandangan mereka.

"Astaghfirullah", bisik doktor itu perlahan. Dia sedar itu panahan syaitan. Si gadis sedang minum-minum bersama dua orang rakannya. Subhanallah, indah sungguh ciptaan Allah ini! Secara tiba-tiba si doktor menjadi gugup, berdebar-debar dan serba tidak kena. Ingin sahaja dia menyunting gadis ini sebagai isterinya.

Doktor tersebut berbisik kepada rakannya yang hafaz Quran itu,"kau kenalkah gadis itu?"

“Kenal. Dia sungguh berbudi bahasa.Dan masih belum berpunya lagi”, jawab rakannya sambil tersenyum memahami. Aduh, bertambah guguplah doktor muda ini!

Tiba-tiba, datang pelayan meminta order, dan dia secara spontan berkata

"Berikan saya kopi masin!"

Semua orang memandang dan melihat aneh kepadanya, termasuklah rakannya, pelayan dan gadis tersebut. Mukanya mendadak menjadi merah, tetapi dia tetap tidak mengubah pesanannya, dan setelah kopinya sampai, dia terus meminumnya.

Kehairanan, rakannya bertanya "Mengapa kopimu mesti masin, sahabatku?"

"Saat aku masih kecil, aku tinggal di tepi laut. Aku sangat suka bermain-main di laut, di situlah tempatnya aku dapat rasakan air laut....masin dan pahit. Sama seperti rasa kopi ini" jawab lelaki ini.

Tanpa disedari, gadis cantik yang duduk di meja bersebelahan, mendengar kata-kata si doktor tersebut. Gadis ini terharu. Itu adalah hal yang sungguh menyentuh hati. Perasaan yang begitu dalam dari seorang lelaki yang mengungkap kerinduan akan kampung halamannya. Dia pasti seorang yang menyintai dan begitu mengambil berat akan rumah dan keluarganya. Dia pasti mempunyai rasa tanggungjawab akan tempat tinggal dan orang tuanya. Jika dia seorang abang, pastinya dia seorang yang sangat menyayangi adik-adiknya. Bertuahlah siapa yang menjadi isterinya.

Setelah peristiwa tersebut, si doktor ini meminta rakannya merisik gadis tersebut. Pucuk dicita, ulam mendatang. Setelah mengetahui rombongan merisik adalah mewakili lelaki yang ditemuinya di kedai kopi tempohari, si gadis yang pada ketika itu hampir tamat pengajian di ma'had tahfiz, menerima si doktor ini sebagai teman hidupnya dengan hati terbuka.

Seperti kisah cinta yang indah, Allah mengurniakan ketenangan di dalam rumah tangga mereka. Mereka hidup bahagia, saling menyanyangi antara satu sama lain, walaupun tidak mengenali antara satu sama lain sebelum ini. Cinta yang berputik setelah perkahwinan, terus kembang mekar seiring dengan ketaatan mereka kepada Yang Maha Pencipta. Dan setiap kali si isteri membuatkan secawan kopi buat suaminya, dia tidak lupa membubuh sedikit garam di dalamnya, kerana dia tahu, itulah kesukaan suaminya.

Setelah 40 tahun hidup bersama, si suami meninggal dunia. Dia meningalkan sepucuk suratbuat isterinya.

"Sayangku, sepanjang tempoh kehidupan kita bersama, abang telah sentiasa jujur terhadapmu, tetapi maafkan abang untuk satu perkara. Maafkan kebohongan yang telah abang buat sepanjang hidup abang. Inilah satu-satunya kebohongan abang kepadamu - tentang kopi masin. Kamu ingatkah di saat kita pertama kali bertemu? Pada ketika abang sedang minum kopi dengan Ustaz Syakir, di maahad? Abang sangat gugup pada ketika itu. Sebenarnya abang inginkan kopi manis. Tetapi abang telah tersebut kopi masin. Waktu itu abang ingin batalkannya, tetapi abang terlalu gugup di hadapanmu ketika itu, maka abang biarkan sahaja. Abang tidak pernah menyangka itu akan menjadi awal perkenalan kita. Abang telah mencuba untuk mengatakan hal yang sebenarnya kepadamu..abang telah mencuba beberapa kali sepanjang hidup abang...tetapi abang tak sanggup melukakan hatimu..

Sekarang saat kamu membaca surat ini, abang sudah tiada. Tidak ada lagi yang perlu abang bimbangkan, maka abang akan menyatakan ini kepadamu: Abang tidak menyukai kopi masin. Tapi sejak mengenalimu, abang selalu minum kopi masin yang kamu buatkan sepanjang hidup abang. Dapat berada di sampingmu adalah kebahagiaan terbesar dalam hidup abang. Jika abang punya kesempatan untuk menjalani kehidupan sekali lagi, abang akan tetap berusaha mengenalimu dan menjadikanmu sebagai isteri abang walaupun abang harus minum kopi masin sekali lagi."

Sambil membaca, air matanya membasahi surat itu.

Suatu hari, seseorang telah bertanya kepadanya,"Bagaimana rasa kopi yang masin?"

Dia dengan pastinya menjawab,"Rasanya manis sekali"


Begitulah kisah bahtera cinta yang antara dua insan,
Dalam pelayaran menuju cinta Tuhan.
Wallahu a’lam.

(sumber dari : http://www.iluvislam.com)

Monday, May 24, 2010

Wanita Solehah...




Dunia adalah perhiasan, perhiasan dunia yang terbaik adalah Wanita yang solehah...

Justeru itu.. di sini di selitkan juga beberapa kandungan mengenainya...
Ciri ciri wanita solehah...
Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah S.W.T.
Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :
1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami

Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut :
1. Taat kepada Allah dan RasulNya

Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah S.W.T ?
- Mencintai Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga

2. Taat kepada suami
- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
- Tidak bermasam muka di hadapan suami
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga


FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA
Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.

Faktor-faktor tersebut ialah:
1) Lupa mengingat Allah
Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairanlah jika banyak wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingat Allah . Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.
Firman Allah S.W.T di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:
” Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya.”
Sabda Rasulullah S.A.W.: ertinya:
“Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan.” (Riwayat Tarmizi)
Mengingati Allah S.W.T bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu.

2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia.
Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah S.W.T hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.

Firman Allah S.W.T di dalam surah al-An’am: ertinya:
” Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir.”

3) Mudah terpedaya dengan syahwat.
4) Lemah iman.
5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk.

Dunia adalah perhiasan, perhiasan dunia yang terbaik adalah Wanita yang solehah.

Antara 9 Siti yang patut dicontohi:
1) Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah S.A.W yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira’.

2) Siti Fatimah
- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya.
Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin.
Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali.
Rasulullah pernah b’kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti A’ishah
- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik.
Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah.
Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

4) Siti Hajar
- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah .
Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan.
Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).

5) Siti Mariam
- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri
dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah S.W.T
utk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah
- Isteri Firaun yg tinggi imannya
dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya
drpd Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah
- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah.
Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8.) Siti Muti’ah
- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya
kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk
dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati,
berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah
- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid.
Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk
kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah S.W.T