Monday, December 31, 2012

Salam Tahun Baru 2013


Saturday, November 24, 2012

Aku Menunggumu kerana Allah..

...Petikan daripada "Kata-Kata Hikmah".. ^_^















Aku Menunggumu kerana ALLAH – 

Duhai Engkau Calon Imamku
Ini bukan sekadar kata...Agar kamu jatuh hati padaku...
Namun ini adalah kejujuranku...
Mengapa aku berkata seperti ini ?
Kerana aku menyukai orang yang mencintai-NYA
Mencintai RASUL-NYA...
Dan dengan keteguhanmu bisa mengajakku untuk semakin mencintai-NYA...


AKU MERINDUKANMU KERANA ALLAH...
Ini bukan untaian rahsia dalam hatiku untuk memikatmu, mengapa demikian?
Kerana aku tahu mengucapkan itu menyempurnakan hidupku...
Dan pernikahan adalah sunnah RASULULLAH dan dia adalah kekasih ALLAH...

Cinta adalah anugerah-Nya yang ditumbuhkan dihati orang yang dikehendaki-Nya bagaimana aku tidak merindukan kehadiranmu wahai kekasih..

AKU MENUNGGUMU KERANA ALLAH

Ini bukan desakan perasaan untuk sebuah penantian, tetapi mengapa ?
Kerana aku tahu diriku banyak kekurangan...
Dan kerananya ku perlukan seseorang yang lebih halus untuk menaklukkan hatiku...
Yang tegas dan teguh untuk menguatkan hatiku yang lemah dengan izin-NYA.

Aku tahu terlalu bnyak yang harus kuperbaiki...
Kerananya aku menunggumu untuk menjadi pendampingku dengan tulusmu...
Untuk lebih mengajariku dengan sabar hingga kenikmatan imanku terhadap-NYA...

Semakin dalam dengan izin-NYA di setiap hari dan untuk selamanya...
Aku tahu dalam hatiku aku tak ingin hidup sendiri...
Kerana aku berharap ALLAH menganugerahkan padaku seorang imam untuk berbagi banyak hal dan menerima kekurangan diri...

Bila benar ada dalam hidupku...
Semoga ALLAH memantapkan hati kita dan mendekatkan kita dijalan yang lebih diredhai-NYA…
Aku mencintaimu Kerana ALLAH...
Aku merindukanmu Kerana ALLAH...
Aku menunggumu Kerana ALLAH...

Di raga manakah kamu bersemayam?
Dari sini ku menatap jejakmu bagaikan menari dengan angin...
Di antara gemuruh ombak kerinduanku terasa getarku..
Izinkan bisik hatiku sebagai petunjuk arahmu dengan izin-NYA...

Ya Allah...
Rendamkanlah rinduku dijalan yang terbaik menurut ENGKAU untuk dunia dan akhiratku...
Bila saudara dan teman tak lagi cukup menemani kehidupanku…
Maka hari itu yang aku tunggu...
Penantiku pasti Karena ENGKAU tidak pernah alpa dalam berjanji dalam kalam-MU...

Sunday, November 18, 2012

Salam Maal Hijrah 1434 H



Assalamualaikum  & Salam Awal Muharam.. masa demi masa berlalu.. rupanya baru kusedari yang hampir 2 bulan aku tidak "update" blog nie.. heheee. Al-maklumlah.. entri yang sebelum nie kisah sal "As Busy As Bee".. But, it is okay.. sesibuk mana pun kita dlm menghadapi cabaran hidup ini.. jangan lupa batas-batas agama., yang penting nawaitu kita kerana Allah S.W.T. Insya-Allah, dipermudahkan segala urusan kita dengan izin-Nya.  Then, yang mengingatkan aku lagi tentang pentingnya  masa adalah apabila dalam sedar tak sedar.., tup..tup..tup.., dah masuk bulan Muharram dah... di mana detik 1 Muharam 1434 H/2012 merupakan sambutan tahun baru buat umat Islam. Bertepatan pula dengan tema Maal Hijrah untuk tahu ini iaitu "Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah" . Mudahan hijrah aku tahun ini lebih baik daripada tahun lepas.. So, Selamat Menyambut Maal Hijrah 1434 H. 



" Hijrah Itu Pengorbanan, Hijrah Itu Perjuangan, Hijrah Itu Persaudaraan, Hijrah Membentuk Perpaduan"



Aku masih ingat lagi ungkapan yang sangat indah ini tiap kali sempena menyambut Tahun Baru Hijrah . Sejak dibangku sekolah lagi aku dan kawan-kawan di sekolah  di didik & di pupuk untuk menanamkan nilai murni dan menghayati sepenuhnya ungkapan ini.. Subhanallah... cukup indah.. pengalaman yang tidak dapat aku lupakan adalah sewaktu menyertai pertandingan nasyid sekolah sewaktu di sekolah rendah. Lirik lagu Maal Hijrah ini masih segar lagi dalam ingatanku.. Alhamdulillah.. bait-bait yang cukup menginsafkan ku.. 

Wednesday, September 26, 2012

"As Busy As Bee"

Assalamualaikum..cinta.. opsss, jgn fikir bukan-bukan ea.. cinta xsemestinya untuk yg couple je kan.. sesungguhnya C.I.N.TA itu terlalu luas dan mendalam maksudnya... bergantunglah kpd setiap individu itu untuk mentafsirkannya..  hehehe.. Tapi, yang lebih utama cintailah pada Yang Maha Esa.  Tetibe, teringat pula kat movie "7 Petala Cinta" di mana ayat yg masih aku xdapat lupakan adalah..  " Assalamualaikum cinta.. " dan " Wa'alaikumussalam Rindu..".. terngiang-ngiang rasanya..

Oklah.. rasa dah lama x update blog ni.. huhu. Al maklum laaa.. " As Busy As Bee"... ZzzzZZ zzz.. Rase lucu pula bila taip dlm bahasa rojak camni.. tp, bagiku baru meriah dan xde la rasa bosan.. have fun gituu.. coz ade kelainan tersendiri.. nie xmasuk lagi rojak dgn bahasa jepun.. memang terbaik laaa..lalalaaa..

Baru-baru ni aku ada dapat 1st asmt utk sem baru bermula niee .. and then after done, asmt len masih menanti.. Biasalah tuu kan.. as teaching and learning process .So,  mungkin ni adalah salah satu faktor dh lama xupdate blog ni.. anyway, yang penting kita harus pandai membahagikan masa sebaiknya.

Sambil-sambil taip ni pun .. sebenarnya ngh buat asmt jugak ni.. kira sambil menyelam minum air laa ni.. xpun.. "3in1".. acececehh.. macam tagline minuman nescafe.. gitu. Jadi, mudah-mudahan aku dapat menyiapkan tugasan ni dgn sebaiknya. Insya-Allah.  Lagipun aku ingin meneruskan pembacaan buku motivasi ilmiah yg masih belum sempat aku menghabiskannya... Maklumlah.. awal-awal semester nie.. kna ade "booster" sbg pencetus semangat.. hu3. Sebab itu juga lah aku ni minat sangat buku-buku motivasi ni selain novel.. hehe.
kalau ada siapa-siapa gemar membaca itu.. syabas ku ucapkan.. sebab sekurang-kurangnya kita ada inisiatif untuk menambah ilmu pengetahuan melalui pembacaan yang menyenangkan kita.. Wassalam.

Wednesday, September 12, 2012

Selangkah Ke Dunia Baru..

"Semester baru dah bermula lah... cepatnya masa berlalu". keluh hatiku
semester ini merupakan saat-saat yang paling penting dalam hidupku kerana merupakan tahun dan semester akhir sebelum aku bergelar graduan. Ku sentiasa berdoa kepada Ilahi mudahan dipermudahkan segala urusan ku dalam meniti arus perjuangan yang semakin hari semakin mencabar. 

Friday, July 20, 2012

Satu Permulaan..

 Satu permulaan adalah kerana...
Jam tepat pukul 9.00 pagi tadi program kuliah untuk kursus professional (3P) telah berjalan dengan baik.. Alhamdulillah satu permulaan yang baik.. :)

Walaupun rasa sedikit bosan pada masa itu, tapi pengisian yang diberikan menguji mindaku apabila mendapat tajuk " Future Technology" yang diberikan oleh pelatih. Apa tidaknya.. sebab kena fikirkan produk yang canggih yang belum dicipta lagi untuk masa depan.. he3.. mencabar betul.. tapi, seronok.. sebab juga macam-macam idea yang dapat daripada kawan-kawan.

Satu permulaan juga di mana sebaik sahaja menunaikan solat terawih sebentar tadi, ada takzirah ringkas oleh seorang ustaz iaitu apabila kita berpuasa di bulan Ramadan yang penuh berkat di di harapkan jangan berpuasa hanya kerana lapar dan dahaga sahaja tapi, merangkumi keseluruhan iaitu anggaplah puasa di bulan yang mulia ini sebagai satu mujahadah untuk kita memperbaiki diri kita sebaik-baiknya.. Sebagai contoh, daripada ke arah keburukan kepada kebaikan.. daripada baik kepada yang lebih baik.. di kesempatan bulan puasa ini, kita perlulah manfaatkan masa yang ada sebaik mungkin ikhlas kerana Allah S.W.T.

Aku juga ingin berusaha untuk memperbaiki diriku agar menjadi insan yang solehah yang lebih baik dengan mempertingkatkan amalan di bulan yang mulia ini berbanding pada bulan tahun lepas..  peringatan tersebut adalah untuk bersama dan diriku sendiri juga.. 




Thursday, July 19, 2012

Ramadan yang ku nanti.. ku rindui....

Ahlan wa sahlan ya Ramadan..

Alhamdulillah, ramadan datang lagi.. rasa bersyukur ke hadrat Ilahi.. dengan kurnia ini. Mudah-mudahan ku dapat menjalani ibadah puasa dengan sebaiknya dan lebih baik berbanding bulan ramadan yang tahun lepas..
Inilah peluang yang perlu kita hayati sepenuh hati dan  sebagai umat Islam kita perlu merebut peluang sebaiknya dengan perbanyakkan melakukan ibadah ikhlas kerana Allah S.W.T

Pengumuman Tarikh Mula Puasa 2012 / 1 Ramadhan 1433H oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.
Tarikh Mula Puasa 2012 ditetapkan pada 21 Julai 2012 (Sabtu)

Saturday, July 14, 2012

Kelebihan di Bulan Ramadan...


  • Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah  ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.
  • Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.
  • Berkata Saidina Ali, Nabi (s.a.w) telah bersabda apabila engkau melihat sehari bulan maka bacalah olehmu "AllahuAkbar" 3 kali, kemudian bacalah :
    1. (Segala kepujian bagi Allah yang telah menjadikan aku dan telah menjadikan engkau, dan telah menentukan bagi engkau pangkat-pangkat (darjah) dan telah menjadikan engkau tanda (kekuasaan) bagi sekalian alam) nescaya bermegah Allah akan Dia dengan malaikat dan firmanNya: Hai malaikat! saksikanlah kamu, bahwa Aku telah merdekakan daripada api neraka, atau dibacakan :


      (Ya Allah, zahirlah Ramadan atas kami dengan keamanan dan keimanan dan dengan keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhan engkau Allah.)
  • Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!
  • Pada malam Lailatul Qadar menyuruh Allah Ta'ala akan Jibrail Alaihisalam turun ke bumi, lalu turunlah Jibrail ke dalam perhimpunan malaikat ke bumi bersamanya bendera hijau lalu dipacakkan ke atas Kaabah, baginya 600 sayapnya , setengahnya tiada dibuka keduanya, melainkan pada malam Lailatul Qadar baharulah dibukakan keduanya, hingga sampai dari timur ke barat ( Musyriq Ke Maghrib ). Untuk menyelamatkan umat Muhammad, Lalu memberi salam kepada tiap orang yang berjaga pada malam Lailatul Qadar beribadah kerana mencari keredaan Allah, dan orang-orang yang duduk beribadah, orang yang sembahyang dan berzikir dan berjabat tangan sesama mereka mukmin dan mengucap amin doa orang-orang mukmin hingga terbit fajar subuh....... berkata para malaikat kepada Jibrail , apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat Muhammad (s.a.w)  pada bulan Ramadan ini? Berkata Jibrail bahawasanya Allah menilik kepada  umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya: yaitu orang yang kekal minum arak, orang yang derhakakan ibubapanya, orang yang memutuskan sillaturrahim dan orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari.
  • Apabila pada malam akhir Ramadan dinamakan malam persalinan. Pada malam hari raya Aidilfitri didatangkan Allah malaikat kepada tiap-tiap negeri turunlah mereka ke bumi, berdiri pada permukaan jalan menyeru dengan suara yang kuat, semua mendengarnya kecuali jin dan manusia berkata mereka, hai umat Muhammad keluarlah kamu menghadap tuhan yang amat mulia (sembahyang raya di pagi raya) yang memberi pemberian yang berpanjangan dan mengampun akan dosa-dosa yang besar. Apabila tibalah umat Muhammad ke tempat sembahyang, firman Allah kepada maliakat : Hai malaikatKu, apakah balasan orang yang mengambil upah apabila selesai kerjanya ? Jawab malaikat , hai Tuhan kami, sempurnakanlah upahnya! Firman Allah bahawa Aku saksikan kamu hai malaikatku, telah aku jadikan pahala mereka dari puasa mereka pada bulan Ramadan mereka mendirikan sembahyang, ialah keredaanKu dan keampunanKu kepada mereka! Maka firmannya lagi : Hai segala hambaku, pohonlah kamu kepada ku, maka demi ketinggianku dan kebesaranku, tiada memohon kepadaku hari ini akak sesuatu bagi agamamu dan duniamu, melainkan Aku kurniakan kepadamu! (Al-Hadith).
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
    • a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
    • b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
    • c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
    • d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
    • e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar dalam berbuat taat kepadaNya.), dan sabar itu adalah syurga balasannya bulan ini dilebihkan rezeki kepada hambanya orang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa. Barang siapa memberi makan kepada orang berpuasa pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya, berkata sahabat : Bagaimana kami tak sanggup memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya Rasullullah - Allah memberi pahala ini kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma atau segelas air, barang siapa kenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya, diminumkan Tuhan dari kolam Hudh sejenis minuman yang tiada dahaga lagi kemudiannya hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa. (Al-Hadith)
  • Puasa menurut segala yang disuruh dan menjauh segala pantang larangannya, diampunkan dosanya, dan bertasbih, bertahlil dibinakan rumah indah dalam syurga.
  • Barang siapa hadir ke dalam majlis zikir pada bulan Ramadan, ditulis tiap langkahnya ibadat setahun, dan pada hari Qiamat bersamaku di bawah Arasy. Siapa tetap berjemaah dalam bulan puasa didirikan kota bercahaya indah, cemerlangnya , dan yang berbakti kepada ibubapanya Allah memandang rahmat kepadanya, dan isteri yang berbuat sesuatu mencari keredaan suaminya, maka pahala yang besar Allah kurniakan kepadanya , seperti Siti Maryam dan siapa yang menyampaikan hajat orang mukmin, Allah menunaikan seribu hajatnya, dan siapa bersedekah kepada fakir miskin (yang ada anak isteri) tiap langkah dikurniakan kepadanya seribu kebajikan, dihapuskan seribu kejahatan dan diangkatkan seribu darjat baginya. (Al-Hadith).
  • Orang yang sembahyang bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya . (Al-Hadith)
  • Pada hari Qiamat, Allah memerintah Malek Ridwan supaya dikeluarkan orang-orang berpuasa daripada kuburnya dengan keadaan lapar dan dahaga, lalu disuruh Malek Ridwan berikan segala keinginan mereka dari segala macam makanan dan minuman syurga. Maka Malek Ridwan memerintah kepada anak-anak membawa talam-talam makanan , minuman dan buah-buahan. Sebagai balasan berlapar di bulan Ramadan. (A-Hadith)
  • Orang mukmin yang tidur dalam bulan puasa kerana puasa Ramadan, dia membalikkan badannya sambil meyebut Allah! maka kata malaikat kepadanya : Rahimakallah (Allah Mencucuri Rahmat kepada kamu.)
    • - Apabila  dia berdiri maka berdoalah hamparannya :  (Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadanya hamparan permaidani  tebal kepadanya di dalam syurga)
    • - Apabila memakai pakaian , berdoalah pakaian (Wahai Tuhanku, kurniakan kepadanya pakaian syurga)
    • - Apabila memakai kasut, berdoalah kasut  (Wahai Tuhanku, tetapkanlah atas titian Siratul Mustaqim!)
    • - Apabila memegang timba berdoalah pula timba : (Wahai Tuhanku kurniakan kepadanya gelas syurga!)
    • - Apabila mengambil air sembahyang , berdoalah air itu : (Wahai Tuhanku sucikannya daripada segala dosa dan kesalahan!)
    • - Apabila berdiri sembahyang , berdoalah rumahnya:  ( Wahai Tuhanku cahayakanlah kuburnya dan luaskanlah , lapangkanlah kuburnya!)
    • Serta menilik Allah kepadanya , maksudnya : HambaKu berdoa dan Aku menerima! (Al-Hadith)
  • Malaikat yang banyak muka bersujud kepada Allah pada hari Qiamat, satu muka sujud , satu muka melihat syurga, satu muka melihat neraka, satu muka melihat Arasy , lalu berkata malaikat itu : Wahai Tuhanku , ampunlah umat Muhammad, kasihanilah mereka! janganlah disiksa orang yang berpuasa Ramadan dari umat Muhammad! (Al-Hadith)
    • Keredaan Allah (bagi orang yang taat)
    • Keampuan Allah (bagi orang yang maksiat)
    • Jaminan Allah (bagi orang yang taat)
    • Kejinakan Allah (bagi orang yang tawakkal)
    • Anugerah Allah (bagi orang yang benar).
      • Ramadan, Ramada, ertinya : membakar - yakni menghapuskan dosa dosa orang yang berpuasa dan beribadat bulan Ramadan.
      • Ramadan ertinya bulan mendapatkan keredhaan Allah dan keampunan bagi hambaNya. Orang yang mendapat keredhaan dan keampunan Allah bererti memberi jaminan (kerana ibadatnya pada bulan mulia dengan penuh taat) mendapat syurga anugerah Allah bagi hambaNya yang benar benar melakukan ibadat kerana Nya pada bulan Ramadan termulia ini dengan ganjaran pahala sehingga seribu kali ganda dan keampunan yang banyak sekali, teristimewa pada malam Lailatul Qadar.
    • "Bahawa di dalam syurga terdapat bilik bilik, dilihat dari luar nampak di dalamnya dan dilihat dari dalam kelihatan di luarnya, berkata sahabat : untuk siapakah ya Rasulullah? Lantas Baginda menjawab : Ialah bagi orang yang baik percakapannya, bagi orang yang memberi makan makanan, bagi orang yang sentiasa berpuasa, bagi orang yang sembahyang di tengah malam sedang manusia banyak tidur." (Al Hadith)

    • "Semulia mulia sedeqah ialah sedeqah pada bulan Ramadhan." (Al Hadith)
    • "Puasa itu perisai dan sedeqah itu memadam kesalahan dosa sepertimana air memadamkan api." (Al Hadith)
    • "Siapa memberi makan ( berbuka puasa) kepada orang puasa makan baginya seumpama balasan pahala orang yang berpuasa dengan tidak kurang sedikitpun ." (Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba berpuasa Ramadan, diam tiada berkata yang sia sia dan daripada yang haram dan yang makruh, dan sentiasa menyebut Allah (berzikrullah), menghalalkan yang dihalalkan Allah, mengharamkan akan yang diharamkan Allah, tiada mengerjakan kejahatan, melainkan sehingga berakhir Ramadan, telah diampunkan baginya segala dosanya, dan tiap tasbih, tiap tahlil, dibinakan sebuah rumah yang terindah di dalam syurga daripada permata zamrud, di dalamnya daripada yaqut merah indah, di dalam rangka permata itu (yaqut) terdapat sebuah khemah, di dalamnya terdapat bidadari ( hurul ain isteri syurga). Terhias dengan permata bercahaya indah yang menerangkan bumi seluruhnya.(Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawasanya bagi Allah beberapa kejadianNya, dijadikan mereka supaya menyampaikan segala hajat orang dan supaya orang meminta tolong kepada Nya, pada menyempurnakan segala hajat yang diperlukan, mereka itulah orang yang aman daripada siksa Allah (Riwayat At Tibrani) (Al-Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawa pintu langit dan pintu syurga dibuka pada awal Ramadan hingga akhir malam Ramadan, tiap orang yang bersembahyang pada malamnya dituliskan baginya tiap satu sujud 1700 kebajikan, dibina rumah baginya di dalam  syurga daripada yaqut merah indah, baginya 70 pintu daripada emas yang bertatah yaqut permata yang merah, orang yang berpuasa pada awal Ramadan diampunkan segala dosanya  hingga ke akhir bulan Ramadan, dibinakan baginya tiap tiap hari sebuah mahligai di dalam syurga, mempunya 1000 pintu daripa emas, dan meminta ampun baginya 70 000 malaikat  dari pagi  hingga tenggelam matahari (Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Kelebihan hari Jumaat pada bulan Ramadan atas segala hari yang lainnya seperti kelebihan Ramadan atas segala bulan (Al Hadith)
  • Barangsiapa mengerjakan ibadat pada bulan Ramadan dengan keimanannya dan ikhlasnya kerana Allah, maka di ampunkan segala dosanya yang telah lalu (Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya dilipatgandakan . (Al Hadith)
  • Apabila berakhir bulan Ramadan, menangis wali-wali Allah kerana terpisahnya bulan yang paling mulia yang digandakan ibadat berlipatkali ganda daripada bulan bulan yang lainnya, bulan Allah mudah menerima ampun taubat hambaNya, bulan yang banyak sekali diturun rahmat ke alam, bulan yang terdapat padanya malam Lailatul Qadar, suatu rahmat dan rahsia yang dikurniakan kepada hamba hamba Nya yang  salihin, yang tidak terdapat pada bulan bulan yang lainnya. Mereka menangis kerana belum tentu akan dapat menemui bulan termulia ini pada tahun tahun hadapan, kiranya dipanjangkan umur.
  • Apabila berakhirlah malam bulan Ramadan, menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, dan segala malaikat, kerana berlalu Ramadan berlalulah kelebihan, sebab musibah bagi umatku, dan duduk segala malaikat bagi musibah, orang bertanya : Ya Rasullullah, apa itu musibah ? Jawab rasullullah (s.a.w), Kerana segala doa padaNya itu mustajab, sedakah makbul, segala kebajikan digandakan dan siksa kubur diangkatmaka apakah musibah yang terlebih besar daripada ini bagi umatku?! (Al-Hadith)
  • Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turunnya padanya malaikat Jibrail dan beberapa malaikat dengan perintah Allah. Orang yang berjaga dengan malam ibadatnya untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar yang terahsia itu yang tidak diketahui oleh manusia, hanya orang-orang solihin yang hampir, orang berusaha mendapatkan malam mulia itu dengan berjaga malam pada sepuloh malam Ramadan yang terakhir maka diampunkan tuhan segala dosanya. Di pahalakannya dengan banyak , dirahmatkannya dengan limpah kurnia. Dan orang-orang solihin yang dikurniakan Allah mendapat malam Lailatul Qadar itu satu keberuntungan kebahagiaan bagi akhirat, mendapat keampunan dan rahmat terbesar, mendapat pimpinan Allah dalam hatinya, mendapat keredaan Allah dalam hidupnya dunia dan akhirat.
  • Malam Aidilfitri, malam raya, disunatkan kepada kita berjaga malam, beribadah, bertakbir "AllahuAkbar" sepanjang malamnya. Akan mendapat keampunan yang banyak, pahala yang besar, rahmat Allah tercurah kepadanya. Siapa yang menghidupkan dua malam raya (AidilFitri & AidilAdha) dengan ibadatnya dan takbirnya , tiada dimatikan hatinya pada hari yang dimatikan segala hati. (Al-Hadith).
~Petikan dari buku Fadilat Rejab, Syaaban, Ramadan oleh Budiman Radhi.




Jodoh Itu Rahsia Allah S.W.T


Hati berdetak kencang setiap kali bertemu pandang dengan jejaka pujaan hatinya. Safa segera menundukkan pandangannya. Bimbang akan panahan yang bakal berlaku kepada Safa andai dia terus memandang jejaka itu. Sungguh telah lama dipendamkan rasa hati terhadap jejaka itu namun untuk meluahkan Safa tidak berani. Perasaan malu mencengkam dirinya. Patutkah diluahkan?
Ahh ...malu sekali untuk mengakui rasa yang bertamu di hati. Berkali-kali Safa nafikan, namun ia tetap menganggui Safa. Astaghfirullah hal azim... Ya Allah, jauhkanlah gangguan perasaan ini daripada hatiku. Nasihat ibu untuk sentiasa menjaga akhlak sebagai muslimah sentiasa bermain di minda Safa.
Saban hari Safa meluahkan rasa hatinya kepada Allah SWT. Safa berasa lega meluahkan segalanya kepada Si Pencipta. Satu perkara yang Safa amat pasti. Hatinya tenang sekali setiap kali usai bersolat. Hatinya juga berasa sangat lapang. Kadang-kala mengalir air mata Safa. Dirinya dulu amat jauh daripada Allah. Tidak pernah sekali pun dia ingin melakukan solat-solat tambahan seperti itu. Baginya, solat fardhu sudah mencukupi. Safa salah ...hatinya sangat kosong dahulu namun hari ini Safa mampu untuk mengakui hatinya sudah tidak kosong lagi. Allah raja di hatinya yang telah memenuhi segenap ruang hatinya.
Safa tidak mahu gopoh di dalam mencari pasangan sementelah dirinya masih lagi menuntut di tahun akhir di universiti. Safa perlu menyudahkan pengajiannya dahulu sebelum berfikir mengenai pasangan hidup apatah lagi perkahwinan. Safa akui, memiliki pasangan adalah fitrah semulajadi manusia dan Safa sentiasa mendoakan semoga Allah mengurniakan seorang suami yang mampu membimbingnya ke jalan Syurga.
Safa menyimpan rapi perasaan itu sendiri. Dia tidak pernah mengharapkan apa-apa balasan daripada jejaka itu. Safa khuatir, andai hatinya terlalu berharap, dia bakal kecewa suatu hari nanti. Allah pengatur segalanya. Dia pasrahkan apa sahaja qada' dan qadar Allah terhadapnya. Sementelah dirinya belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga, adalah molek sekiranya diabaikan dahulu perasaan yang sekian lama menghuni hatinya. Pada pandangan Safa, jejaka itu sangat baik pegangan agama dan akhlaknya.
Setelah 3 tahun bergelut sebagai seorang pelajar universiti, Safa akhirnya berjaya bergraduasi dengan cemerlang. Ibu dan ayahnya tersenyum bangga melihat kejayaan Safa, Itulah hadiah terbaik untuk ibu dan ayahnya. Universiti kini ditinggalkan. Lambaian rakan-rakan semakin jauh daripada pandangan mata. Sedang asyik Safa melambai rakan-rakannya daripada dalam kereta, matanya tertancap kepada susuk tubuh seseorang. Dia ...selamat tinggal insya-Allah semoga bertemu lagi, bisik Safa perlahan. Perasaan sayu menggayuti hati. Air matanya dikesat perlahan. Dalam diam, ibu memerhatikan perlakuan Safa. Cepat-cepat Safa mengalihkan pandangan ke luar tingkap kereta. Malunya dia andai ibu mengetahui hal hatinya.
Safa kini seorang wanita yang berkarier. Namun sunyi hati mendambakan teman bernama suami. Lantas hal itu disuarakan kepada ibu dan ayahnya. Safa redha akan pilihan ibu dan ayahnya. Pasti mereka akan mencari seorang yang seorang yang sesuai untuk dirinya. Sesekali Safa teringat akan jejaka itu. Safa tersenyum sendiri mengenangkan kisah lalu. Sekian waktu telah berlalu, barangkali dia sudah bergelar seorang suami dan bapa.
Suatu hari, ibu membawa perkhabaran bahawa mereka telah menemui seorang calon suami untuk Safa. Alhamdulillah, Safa melafazkan syukur. Safa sangat percaya akan pilihan kedua orang tuanya. Safa hanya mengetahui sedikit tentang calon suaminya. Itu sudah memadai untuk Safa. Safa segera beristikarah meminta ketetapan hati di dalam membina sebuah rumah tangga. Semoga semuanya di dalam redha Allah SWT. Setelah beberapa kali beristikarah, Safa menemui jawapan. Ia tidak hadir melalui mimpi seperti mana biasa namun Safa merasai ketenangan dan kelapangan hasil daripada istikharahnya.
Namun fikiran Safa sering terganggu. Bayangan jejaka itu sering menghantui fikirannya sejak kebelakangan ini. Safa meluahkan hal itu kepada ibu. Ibu hanya berdiam memarahi Safa tidak, menasihati Safa untuk melupakan jejaka itu pun tidak. Safa bingung akan reaksi ibu. Seboleh mungkin Safa mahu melupakan lelaki itu. Telah lama Safa singkirkan wajah lelaki itu dari mindanya namun mengapa ia kembali hadir?
Mendengarkan kata-kata Safa, ibu segera ke biliknya dan kembali dengan membawa sekeping foto. Dihulurkannya kepada Safa.
"Gambar bakal suami Safa ye ibu? Ibu simpan ajelah. Safa tahu, ibu mesti pilihkan yang paling beriman untuk Safa kan..."
"Cuba tengok dulu Safa."
Diambilnya foto di tangan ibu dengan hati yang berat. Dia belum bersedia untuk melihat wajah bakal suaminya. Baginya, paras rupa tidak penting dan dia tetap akan mengenali bakal suaminya apabila mereka telah sah menjadi pasangan suami isteri kelak.
Subhanallah, wajah yang cukup dikenali Safa. Air mata Safa mengalir deras. Lantas Safa memeluk ibu. Terharu Safa akan ketentuan takdirnya. Ibu mengusap-usap belakang Safa. Ibunya turut terharu mendengar tangis syukur Safa.
"Itulah, jual mahal. Ibu nak tunjukkan dari awal lagi tapi Safa tak nak."
"Safa tak sangka ibu. Tapi macam mana ibu? Ibu kenal dia? Tapi Safa tak pernah cerita pun..."
"Safa sayang, Zubair itu anak kenalan ibu. Setelah sekian lama ibu terputus hubungan dengan umi Zubair. Alhamdulillah, akhirnya kami bertemu semula. Banyak yang ibu bualkan dengan umi Zubair termasuklah niat ibu untuk mencari calon menantu. Umi Zubair yang cadangkan supaya menjodohkan Safa dan Zubair. Subhanallah Safa, ibu pun tak sangka itulah lelaki yang berjaya buat anak ibu menangis. Ingatkan sedih tinggalkan universiti, rupa-rupanya sedih tinggalkan Zubair ya..."
Safa termalu sendiri. Syukurnya dipanjatkan kepada Ilahi kerana menganugerahkan pertemuan yang indah ini.
"Ni ada surat dari Zubair. Umi Zubair yang sampaikan ke ibu. Dia minta ibu sampaikan ke Safa."
Bismillah hir rahmanirrahim,

Sungguh aku bersyukur dengan jalan jodoh kita. Safa, kemungkinan ketika kita berada di universiti suatu ketika dahulu, aku kurang mengetahui akan perihalmu. Namun, dalam diam aku mengagumimu, seorang yang sentiasa menjaga batas pergaulan dan auratmu. Sebenarnya, di hari graduasimu, aku sengaja hadir ke situ untuk memberikanmu sekeping warkah. Warkah untuk menyatakan isi hatiku sebenarnya namun aku terlewat tiba. Khabaran umiku akan dirimu membuatku menangis syukur. Alhamdulillah..aku bersyukur kerana Allah telah menetapkan Safa untukku, sebagai pelengkap rusuk kiriku. Izinkanku untuk membimbingmu hingga ke Jannah.

-Zubair-



Saturday, March 17, 2012

Modul.. :)


Salam khabari.. salam khabari.. salam.. salam...
Alhamdulillah modul pada hari ini berjalan dgn baik.
bermula seawal pagi pada pukul 8 dan berakhir pada pukul 5 ptg..
Bermula dengan ceramah 1, 2 dan 3.. bagiku ia tidak membosankan andai kita berfikiran positif..
di mana kita letakkan diri kita dalam keadaan yg betul2 berada dalam majlis ilmu..
Sesungguhnya ilmu itu adalah tuntutan agama.. :)

Pada waktu petangnya, bermula sesi LDK.. sesi ini sudah menjadi kebiasaan bagi setiap modul jika di adakan setiap semester. Kadang2 rasa bosan kerana ku sudah terbiasa dengan aktiviti LDK ini. Tapi, apabila pengisian itu menarik dan dapat kita manfaatkannya... input yang dapat adalah sangat unik dan memberi kesan yang sangat baik dalam diri individu itu sendiri.. Hubungan sesama rakan2 dan fasilitator juga bertambah akrab...

Thursday, March 15, 2012

Rindu itu...


Rindu itu menjelma lagi...
Menjengah ke ruang kalbuku..
Aku terkedu seketika.. tika mengenang kisah yang lalu..
Sesungguhnya rindu itu mengusik jiwaku..
Kasih ku hanya pada yang satu..iaitu kasih pada Yang Maha Kuasa.




Suasana terasa sunyi ibarat hening di pagi hari..
Tugasan demi tugasan perlu ku selesaikan satu per satu..
Masa itu tidak menunggu kita..
Setiap hari perlu ada perubahan demi perubahan ke arah kebaikan..
Ya Allah.. bantulah hamba-Mu ini.. Permudahkanlah segala urusanku..
Ku bersyukur atas segala rezeki kurniaan-Mu..

Scenery


..Hujan turun dengan lebatnya lewat petang tadi.. alhamdulillah rezeki datang lagi.. sesungguhnya hujan itu membawa rahmat.. :)
selepas habis kuliah ku ke perpustakaan. Banyak perkara yg nak di setelkan.. hu3. Maklumlah semester baru bermula.. tugasan2 dh mula diberikan.. so, do the best & perform well. Then, ku menghabiskan masa di kedai makan bersama teman2 serumah dan junior2.
Sesampai sahaja di rumah, macam biasa mesti nk tgk pemandangan di kawasan bukit. Banyak rumah dapat dilihat dari jarak yang jauh.. bcoz kedudukan rumah sewa ku yg agak tinggi.. he3. selepas hujan turun... ade kabus.. rasa seronok sgt... udara pun nyaman... damai rasanya... sejuk mata memandang melihat keindahan ciptaan Tuhan..
Moga hari esok aku dapat menyudahkan kerja-kerja yg masih lagi tertangguh... :)

Wednesday, March 14, 2012

Semester Baru..



Semester baru sudah bermula... perjalananku masih jauh lagi. Setinggi itu cita-citaku setinggi itu jualah harapanku.. ceeewahhhh.. ayat... moga impianku yg ku inginkan dapat menjadi kenyataan suatu hari nanti. Tapi, apa yg di ingin kan perlu ada usaha... usaha dan terus berusaha... jangan cakap kosong sajeee.. hu3... peringatan buat diri sendiri... sem baru ini lebih mencabar daripada sebelumnya.. banyak perkara ingin difikirkan... dilakukan.. yang penting nawaitu ku kerana Allah S.W.T

Harapanku semoga semester ini lebih baik daripada sebelumnya... aku harus kuat dan tabah dalam mengharungi liku-liku hidup ini.. kadang2 bila dengar bait2 lagu pun ku boleh jadi lebih bersemangat.. cthnyeee lagu Standing in the Eyes of the World '' ...Pahit getir hidup dan pengorbanan.. terpaksa dihadapi demi kejayaaan... terdidik sejak mula tabah berusaha... " dan juga Gemuruh nyanyian Faizal Tahir.. begitu menusuk kalbuku... hu3. Tapi, yang lebih bagus dan terbaik untuk di amalkan adalah dengan perbanyakkan berzikir.. Insya-Allah hati menjadi tenang.. kalau ade sape2 suka baca buku motivasi sedikit sebanyak dapat mencetuskan semangat dalam diri sendiri...

Antara salah seorang pakar motivasi yang ku kagumi dan minati adalah DR. HM Tuah Iskandar Al-Haj. Antara buku yang paling suka adalah buku " Membina Motivasi Cemerlang " dan " Nak Ke Tak Nak". Dua buah buku ini kubaca masa sekolah menengah lagi.. ade kawan baik yang syorkan.. Alhamdulillah.. banyak manfaat yang dapat dan sedikit sebanyak dapat meransang mindaku ke arah pemikiran yang positif dan berkeyakinan dalam melakukan sesuatu perkara. Selain tuu. dapat mendidik jiwaku menjadi lebih kental dan sentiasa memikirkan perancangan masa hadapan.. :)

Sebenarnya.. banyak lagi buku2 karya beliau yg belum kubaca.. tapi, ku sudah bertekad akan membeli dan membaca buku2 yang kuminati satu hari nanti.. maksudnyee slow2 laa.. hu3.
Sehingga sekarang kumasih lagi berminat utk membaca buku2 motivasi ini.. seronoknyee.
Moga ia sentiasa berterusan.. ku juga suka berkongsi sedikit sebanyak maklumat dengan famili dan kawan2.. mudah-mudahan dapat manfaat bersama...


" KNOWLEDGE, THE MORE YOU SHARE THE MORE YOU HAVE "