Thursday, June 10, 2010

Tolong Sampaikan Kepada Si Dia...

zwani.com myspace graphic comments
Myspace Hearts Comments & Graphics


Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya...
Cinta agung adalah cintaNya...
Cinta manusia bakal membuatnya alpa...

Tolong nasihati si dia...
Jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa...
Jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa...
Jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibubapanya...

Tolong katakan pada si dia...
Dahulukan Allah kerana di situ ada syurga...
Dahulukan ibubapanya kerana di telapak itu syurganya...

Tolong ingatkan si dia...
Aku terpikat kerana imannya bukan rupa...
Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta...
Aku kasihinya kerana santunnya...

Tolong tegur si dia...
Bila dia mula mengagungkan cinta manusia...
Bila dia tenggelam dalam angan-angannya...
Andai nafsu mengawal fikirannya...

Tolong sedarkan si dia...
Aku milik Yang Maha Esa...
Aku masih milik keluarga...
Tanggungjawabnya besar pada keluarganya...

Tolong sabarkannya...
Usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana...
Andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta...
Bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya...

Tolong pesan padanya...
Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya...
Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya...
Aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya...

Tolong khabarkan pada si dia...
Aku tidak mahu melekakan dia...
Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya...
Jadilah penyokong dalam kejayaanku...

Tolong sampaikan pada si dia...
Aku mendambakan cinta suci yang terjaga...
Cinta kerana Allah tidak ternilai harganya...
Hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa...

Tolong sampaikan pada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...

Hanya Engkau Ya Allah Mengetahui Siapa Si Dia... Moga Pesananku Sampai Padanya Walau Aku Sendiri Tidak Mengetahui Siapa Dan Dimana Si Dia...Moga Dia Seekor Lebah Yang Sentiasa Memuji keagungan Yang Maha Kuasa Memasuki Taman Larangan Dengan Sopan Santunnya Dan Bertemu Mawar Berduri Yang Terjaga Oleh Tuannya..

Simpanlah Pesanan ku Ini Sehingga Engkau Bertemu Diriku Suatu Hari Nanti...

2 comments:

Da Perfumez said...

Cinta hakiki...

sy_hn said...

kalau lah boleh ku katakan padanya....