Monday, September 16, 2013

Tahap-tahap Kategori Perfume


 1. PERFUME (PARFUM)
Perfume atau parfum (dalam bahasa Perancis) mengandungi kepekatan minyak wangian yang tinggi iaitu 20% hingga 50%, menjadikannya tahan lebih lama jika dipakai. Harganya pun boleh tahan..

2.  (EDP)

Eau de Parfum mengandungi kandungan minyak wangian di antara 15-20%. Ia adalah jenis wangian yang paling popular kerana lebih murah jika dibandingkan dengan perfume dan masih boleh bertahan agak lama jika dipakai. Eau de perfume sangat sesuai dipakai di kawasan badan yang paling hangat, denyutan nadi, di pergelangan tangan, di kawasan tepi leher, di lipatan siku, di belakang lutut dan pergelangan kaki. Jangan meletakkannya di belakang telinga apa lagi jika terlalu banyak. Ini kerana kita mahukan bau yang harum bukan menyengat. Sesetengah orang juga kadang-kadang pening bila terhidu bau wangian.

3. EAU DE TOILETTE (EDT)

Eau de Toilette ialah campuran perfume di antara 5-15% . Ia tidak boleh bertahan terlalu lama. Tidak hairanlah ia hanya mampu bertahan di antara 3 hingga 4 jam bergantung kepada jenis kulit anda. Cara paling baik untuk menyelesaikannya ialah bawanya ke mana-mana (di dalam botol kecil). Baunya juga tidaklah sehebat Perfum atau eau de perfume tadi tetapi sudah boleh membuat orang di sekeliling anda menyedut udara dalam-dalam jika terserempak dengan anda. Haruman yang nyaman dan perlahan ini juga boleh memberi kesan yang sangat bagus. Tidak terlalu kuat dan tidak terlalu perlahan.

4. COLOGNE

Cologne mengandungi pati perfume yang paling sedikit iaitu sekitar 3% sahaja. Eau de Cologne ialah istilah yang digunakan hari ini untuk merujuk kepada campuran perfume. Ia adalah wangian yang paling kurang kepekatannya dan sudah tentulah lebih murah jika dibandingkan dengan yang lain.

Wangian & Wanita ^_^




Minyak Wangi.. ^_^ Aksesori wajib suntik keyakinan, elak bau badan

WANITA moden dan wangian bagaikan 'rakan akrab'. Ke mana saja, baik ke pejabat, majlis rasmi, berparti, acara kasual mahupun hanya keluar minum seketika bersama rakan, hampir setiap wanita pasti tidak akan lupa untuk menyembur wangian di badan. 

Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan hampir tujuh daripada 10 wanita akan membawa sekurang-kurangnya sebotol wangian kecil atau bersaiz sederhana di dalam beg tangan. Ini bagi memudahkan wanita masa kini menggapai botol wangian di kala perlu, lebih-lebih lagi pabila keluar berdua bersama kekasih.

Hakikatnya, rata-rata wanita mempunyai pendapat tersendiri mengapa wangian sangat diperlukan dalam aktiviti harian. Selain bagi mengelakkan bau badan yang tidak disenangi, wangian juga mampu menambah keyakinan diri, menyerlahkan penampilan serta kecantikan semula jadi yang saling berkait. 

Maklumat daripada beberapa laman web menyebut wangian atau dipanggil ‘perfume’ diketahui wujud di beberapa tamadun manusia paling awal melalui teks kuno atau penggalian arkeologi. Wangian moden bermula pada akhir abad ke-19 dan seni membuat wangian mula pada zaman kuno Mesopotamia dan Mesir kemudian disempurnakan di Rom dan juga Parsi. 

Pada 2005, ahli arkeologi menemui wangian tertua di dunia di Pyrgos, Cyprus yang berusia lebih daripada 4,000 tahun. Ia ditemui dalam sebuah wangian kuno. Orang kuno ketika itu menggunakan herba dan rempah seperti kacang almond, ketumbar, murad, resin, bergamot dan bunga bagi menghasilkan wangian. 

Lantaran itu, memahami keperluan wanita masa kini yang memiliki kerjaya hebat, banyak wangian di perkenalkan di pasaran oleh jenama antarabangsa mahupun tempatan. Tidak cukup dengan jenama wangian yang ada, beberapa selebriti seperti penyanyi dan pelakon dari Hollywood juga tidak terlepas menghasilkan wangian kegemaran dan dikomersialkan menerusi jenama masing-masing.

Penyanyi Paris Hilton juga tampil dengan wangian baru dikenali sebagai Tease, baru-baru ini. Wangian terbaru itu adalah inspirasi beliau yang hidup dalam dunia glamor, bersesuaian dengan penampilannya yang bergaya retro kontemporari tetapi masih mengekalkan ciri wanita anggun. 

Karektor Paris Hilton diterjemahkan imaginasinya menerusi Tease yang dikatakan menyerlahkan keseksian ketika berdepan dengan kamera, keseronokan dan kesegaran sepanjang masa. 

Botol kaca berwarna ungu kembali membayangi dari gelap ke terang. Gaya sofistikated, segar dan rasa lebih muda dengan bentuk botol bulat yang sesuai dengan jiwa wanita. Wangian lembut semerbak itu dihasilkan daripada pati bunga kelopak bunga melati, bunga kemboja, melati sebagai wangian utama dan digabung bersama pati buah seperti epal Fuji, buah peach nectar dan bergamot sementara golden amber, blonde Woods dan warm sand accord sebagai wangian asas sensasi.

Selain Paris Hilton yang terkenal dengan gaya anak muda ranggi, penyanyi terkenal, Mariah Carey memperkenalkan koleksi wangian terbarunya, Lollipop Bling. Bekerjasama dengan jenama produk kecantikan, Elizabeth Arden, wangian berkenaan adalah trio inovatif berinspirasikan kepada manisan. 

Carey berkata, ia adalah inspirasi selepas suaminya Nick melamarnya dengan memberi kejutan sebentuk cincin gula-gula. Ia sangat romantik, menyeronokkan dan berjiwa muda. 

Menerusi personaliti yang ramah dan bersahaja, ia antara inspirasi penghasilan wangian itu untuk gaya feminin. Kombinasi rasberi coklat dengan sentuhan magnolia mencipta wangian memukau. Beri biru dan sentuhan madu dan nanas mencipta wangian ceria dan hangat.

Botolnya didatangi dengan tiga warna berbeza iaitu merah bak permata, kuning dan juga warna pelangi dengan penutup rekaan rama-rama sebagai lambang identiti Mariah Carey. 

Jenama Stella Nude pula memperkenalkan wangian Stella McCartney bagi membangkitkan gaya feminin yang mengingatkan kepada wangian bunga mawar. Konsep baru dan klasik meningkatkan kesan duniawi yang lebih terbuka dengan sensual aroma Maghribi apabila digabung bersama sedikit bauan limau bali. Wangian itu ketara aroma feminin apabila diselitkan dengan rasa pedas lada merah muda.

Rekaan botol wangian Stella McCartney menunjukkan karektor wanita yang kontra dan lebih feminin serta gaya mainan maskulin. Pemilihan warna menggambarkan warna alam semesta dan mencerminkan perancangan halus. 

Wangian membangkitkan aura harum semerbak. Semburan pada bahagian leher, lengan dan belakang lutut memberi kesan tahan lebih lama. Menggunakan wangian sama dan serasi mencerminkan personaliti seseorang. Oleh itu, wangian penting ke mana saja kita berada.

Sumber: Oleh Hidayah Mohammad hidayah@bharian.com.my 2010/10/27


Rahsia Wangian Personaliti Seseorang ^_^

As salam... Selamat pagi  semua  ^_^Anda suka wangian yang macam mana??  nak share sikit pasal jenis2 wangian yang melambangkan personaliti seseorang..nak tau?? jom baca sampai abis…

BUNGA-BUNGAAN :- Dengan aroma wangian bunga-bungaan yang akan memperlihatkan diri kamu lebih feminin dan romantik.


BUAH-BUAHAN :- Bauan segar dari aroma buah-buahan memperlihatkan diri kamu lebih segar dan bersemangat.


OCEANIC :- Wangian moden yang menggunakan elemen sintetik yang melahirkan bauan yang menjurus kepada lautan dan individu yang menggemari bau-bauan sebegini tergolong antara individu yang cintakan persekitaran.


HIJAUAN SEMULAJADI :- Memberikan kesegaran dan tenaga, justeru wangian ini melambangkan kamu adalah individu yang gemarkan aktiviti luar !


ORIENTAL :- seksi, eksotik, dan gigih mungkin itulah definasi yang mampu menggambarkan individu yang gemarkan bauan sebegini, bau-bauan seperti musk, vanilla dan bau bunga-bungaan yang keras tergolong dalam kategori ini.


KAYU-KAYAN :- wangian yang mempunyai unsur bauan saperti kulit kayu, lumut atau benda-benda lain yang kamu boleh jumpai didalam hutan adalah tergolong dalam kategori ini.


Ternyata individu yang gemarkan bau-bauan sebegini, mereka gemarkan kebebasan dan mungkin mereka juga terdiri dari individu yang agak lasak.. psssstttt korang suka pakai wangian yang macam mana?? ^_^

Sah Solat Pakai Wangian Beralkohol

Sah solat pakai wangian beralkohol
Berikut adalah beberapa kemusykilan yang telah dijawab oleh panel penasihat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Kod Rujukan Soalan 0h5ne

Soalan :penggunaan minyak wangi beralkohol di dalam solat atau majlis majlis ilmu bagi lelaki. soalan nya adakah kita boleh menggunakannya atau tidak sebab banyak yang saya dengar mengatakan tidak boleh. tetapi saya ada membaca bahawa ianya tidak membtalkan solat, jadi apa hukum sebenar untuk kita memakai minyak wangi yang beralkohol. adakah boleh atau tidak langsung jika ingin dipakai ketika solat?
Jawapan :Hukum memakai minyak wangi beralkohol ketika solat adalah harus. Kandungan alkohol yang terkandung di dalamnya adalah jenis alkohol industri dan bukannya alkohol yang terdapat dalam makanan.

Kod Rujukan Soalan g0wzt

Soalan :salam ustaz..boleh ke pakai minyak wangi yang beralkohol dan kemudiannnya solat?sebab ada ustzh y ckp blh..
Jawapan :Assalamualaikum..solat mereka yang memakai minyak wangi beralkohol adalah sah. Ini kerana alkohol yang terkandung di dalam perfume adalah berbeza dengan alkohol yang terdapat di dalam arak. Ringkasnya alkohol yang terkandung di dalam perfume tidak dihukumkan najis.

Kod Rujukan Soalan 0fby1

Soalan :Salam, Apakah hukumnya minyak wangi beralkohol digunakan dalam solat(ibadat).Adakah ianya najis?
Jawapan :Waalaikumussalam Wrt. WbtMinyak wangi beralkohol harus digunakan dalam solat. Hal ini kerana alkohol yang terkandung di dalam wangian bukan dari sumber yang najis.

Kod Rujukan Soalan u3wk4

Soalan :1.apakah hukum jika memakai minyak wangi beralkohol ketika melakukan ibadat..
Jawapan :Assalamualaikum wrt., Minyak wangi yang mengandungi alkohol boleh/harus dipakai dan boleh dibawa untuk melakukan ibadat.. Alkohol yang terkandung di dalam minyak wangi adalah berbeza dengan alkohol yang terdapat di dalam arak.

Kod Rujukan Soalan xg4ad

Soalan :Assalamualaikum wbt. Saya ingin mendapatkan kepastian pengunaan minyak wangi beralkohol ketika menunaikan Solat. Terima Kasih.
Jawapan :waalaikumussalam...hukum solat adalah sah. Muzakarah Fatwa Kebangsaan Malaysia telah memutuskan harus/boleh menggunakan minyak wangi beralkohol.


Sumber : http://islamgrid.gov.my/about.php


Hukum Memakai Minyak Wangi

Masih ramai dikalangan kita orang Islam yang keliru dengan hukum pakai minyak wangi. Mereka hanya tahu hukum minyak 'attar'.Walhal hakikatnya adalah sama. Attar itu adalah minyak wangi dan minyak wangi itu adalah attar. Bahasa arab dan bahasa Melayu. Alim Ulama kita dah lama bincang pasal ni.Dan dahpun ada hukum pemakaiannya. dek kerana sikap kita malas untuk mencari ilmu maka permasalahan ini masih timbul.

Terdapat beberapa pandangan ulama dalam masalah pemakaian perfume. semua pandangan ini adalah harus dan boleh dipakai..

1. Fatwa Majlis Kebangsaan :" Ubat - ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah      dimaafkan, yakni DIHARUSKAN penggunaannya."

2. Lembaga Fatwa Al Azhar berpendapat bahawa alkohol itu TIDAK NAJIS manakala arak tetap najis.


3. Fatwa almarhum Syeikh Sya'rawi (rh) dalam kitabnya " Anta Tas al Wa Islam Tujib " menjelaskan bahawa :" Memakai perfume yang mengandungi alkohol HALAL hukumnya. Alkohol hukum-nya menjadi haram jika diminum untuk bermabuk-mabuk."


4. Menurut Kitab " Al Fiqh Al Muzaahibil Arba'ah" dalam bab " An Najaasaat" juzu' 1menjelaskan bahawa alkohol yang dimasukkan ke dalam minyak wangi agar tahan lama atau untuk tujuan menaikkan roti, hukumnya adalah HARUS.


5. Syeikh Rashid Redha dalam penulisan tafsirnya yang masyhur iaitu " Tafsir Al Manar " menyatakan bahawa hukum alkohol TIDAK NAJIS dan penggunaannya dalam minyak wangi diBOLEHKAN atas dasar tidak adanya dalil yang tegas tentang kenajisannya.


6. Imam Asy - Syaukaani (rh) dalam kitabnya " Nailul Awthor " juga bersependapat diharuskan dan tidak najis.

Friday, March 8, 2013

A things that already help to booster me



Bagi aku sesuatu yang bermotivasi seperti melalui pembacaan daripada buku motivasi mahupun menghadiri seminar atau mengambil teladan daripada sesuatu perkara sedikit sebanyak dapat membantu ku atau sesiapa sahaja berusaha untuk memperbaiki keupayaan diri sendiri ke arah yang lebih baik & berfikiran positif. . So, tetibe teringat kat meja study mase menginap kat umah sewa time belajar dulu (P.Perdana). Bukan ape, time tu penuh kata-kata motivasi ku tampal kat situ.. Finally, jadi warna-warni cam pelangi pun ade.. Hihi.. mood pun rase ceria.. ^_^
Maklumlah, .. ngah study week utk final exm.. (Sesi Sep 2012-Jan 2013). So, byk preparation kna setel selain menyiapkan thesis.. hehehe..

Alhamdulillah, dengan semangat diri yang ade nie.. dan kata-kata inspirasi yg terpapar di hiasan dinding meja study tuu telah banyak membantu memberi semangat agar jgn mudah putus asa. Kejayaan yang dimiliki takkan dapat dikecapi tanpa dorongan & nasihat dari keluarga, para pensyarah & kawan-kawan seperjuangan selain berkat usaha dan restu mereka.. Ape yang paling penting syukur ke hadrat Ilahi atas ape yang telah ku perolehi hingga ke hari ini.. ALHAMDULILLAH

" USAHA, DOA & TAWAKAL "

Thursday, March 7, 2013

La Tahzan..

Aku tatahkan berlian di dalamnya hingga aku meninggalkannya bersinar tanpa matahari, berkilau tanpa rembulan..kedua matanya memancarkan daya tarik..keningnya melengkung bak pedang dari India..Hanya milik Allah segala kebaikan di setiap kerdipan mata di setiap desah nafas  yang mengalir di leher di setiap tatapan..,  ' Aidh  Al-Qarni (sumber : Buku Don't Be Sad)