Saturday, July 14, 2012

Jodoh Itu Rahsia Allah S.W.T


Hati berdetak kencang setiap kali bertemu pandang dengan jejaka pujaan hatinya. Safa segera menundukkan pandangannya. Bimbang akan panahan yang bakal berlaku kepada Safa andai dia terus memandang jejaka itu. Sungguh telah lama dipendamkan rasa hati terhadap jejaka itu namun untuk meluahkan Safa tidak berani. Perasaan malu mencengkam dirinya. Patutkah diluahkan?
Ahh ...malu sekali untuk mengakui rasa yang bertamu di hati. Berkali-kali Safa nafikan, namun ia tetap menganggui Safa. Astaghfirullah hal azim... Ya Allah, jauhkanlah gangguan perasaan ini daripada hatiku. Nasihat ibu untuk sentiasa menjaga akhlak sebagai muslimah sentiasa bermain di minda Safa.
Saban hari Safa meluahkan rasa hatinya kepada Allah SWT. Safa berasa lega meluahkan segalanya kepada Si Pencipta. Satu perkara yang Safa amat pasti. Hatinya tenang sekali setiap kali usai bersolat. Hatinya juga berasa sangat lapang. Kadang-kala mengalir air mata Safa. Dirinya dulu amat jauh daripada Allah. Tidak pernah sekali pun dia ingin melakukan solat-solat tambahan seperti itu. Baginya, solat fardhu sudah mencukupi. Safa salah ...hatinya sangat kosong dahulu namun hari ini Safa mampu untuk mengakui hatinya sudah tidak kosong lagi. Allah raja di hatinya yang telah memenuhi segenap ruang hatinya.
Safa tidak mahu gopoh di dalam mencari pasangan sementelah dirinya masih lagi menuntut di tahun akhir di universiti. Safa perlu menyudahkan pengajiannya dahulu sebelum berfikir mengenai pasangan hidup apatah lagi perkahwinan. Safa akui, memiliki pasangan adalah fitrah semulajadi manusia dan Safa sentiasa mendoakan semoga Allah mengurniakan seorang suami yang mampu membimbingnya ke jalan Syurga.
Safa menyimpan rapi perasaan itu sendiri. Dia tidak pernah mengharapkan apa-apa balasan daripada jejaka itu. Safa khuatir, andai hatinya terlalu berharap, dia bakal kecewa suatu hari nanti. Allah pengatur segalanya. Dia pasrahkan apa sahaja qada' dan qadar Allah terhadapnya. Sementelah dirinya belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga, adalah molek sekiranya diabaikan dahulu perasaan yang sekian lama menghuni hatinya. Pada pandangan Safa, jejaka itu sangat baik pegangan agama dan akhlaknya.
Setelah 3 tahun bergelut sebagai seorang pelajar universiti, Safa akhirnya berjaya bergraduasi dengan cemerlang. Ibu dan ayahnya tersenyum bangga melihat kejayaan Safa, Itulah hadiah terbaik untuk ibu dan ayahnya. Universiti kini ditinggalkan. Lambaian rakan-rakan semakin jauh daripada pandangan mata. Sedang asyik Safa melambai rakan-rakannya daripada dalam kereta, matanya tertancap kepada susuk tubuh seseorang. Dia ...selamat tinggal insya-Allah semoga bertemu lagi, bisik Safa perlahan. Perasaan sayu menggayuti hati. Air matanya dikesat perlahan. Dalam diam, ibu memerhatikan perlakuan Safa. Cepat-cepat Safa mengalihkan pandangan ke luar tingkap kereta. Malunya dia andai ibu mengetahui hal hatinya.
Safa kini seorang wanita yang berkarier. Namun sunyi hati mendambakan teman bernama suami. Lantas hal itu disuarakan kepada ibu dan ayahnya. Safa redha akan pilihan ibu dan ayahnya. Pasti mereka akan mencari seorang yang seorang yang sesuai untuk dirinya. Sesekali Safa teringat akan jejaka itu. Safa tersenyum sendiri mengenangkan kisah lalu. Sekian waktu telah berlalu, barangkali dia sudah bergelar seorang suami dan bapa.
Suatu hari, ibu membawa perkhabaran bahawa mereka telah menemui seorang calon suami untuk Safa. Alhamdulillah, Safa melafazkan syukur. Safa sangat percaya akan pilihan kedua orang tuanya. Safa hanya mengetahui sedikit tentang calon suaminya. Itu sudah memadai untuk Safa. Safa segera beristikarah meminta ketetapan hati di dalam membina sebuah rumah tangga. Semoga semuanya di dalam redha Allah SWT. Setelah beberapa kali beristikarah, Safa menemui jawapan. Ia tidak hadir melalui mimpi seperti mana biasa namun Safa merasai ketenangan dan kelapangan hasil daripada istikharahnya.
Namun fikiran Safa sering terganggu. Bayangan jejaka itu sering menghantui fikirannya sejak kebelakangan ini. Safa meluahkan hal itu kepada ibu. Ibu hanya berdiam memarahi Safa tidak, menasihati Safa untuk melupakan jejaka itu pun tidak. Safa bingung akan reaksi ibu. Seboleh mungkin Safa mahu melupakan lelaki itu. Telah lama Safa singkirkan wajah lelaki itu dari mindanya namun mengapa ia kembali hadir?
Mendengarkan kata-kata Safa, ibu segera ke biliknya dan kembali dengan membawa sekeping foto. Dihulurkannya kepada Safa.
"Gambar bakal suami Safa ye ibu? Ibu simpan ajelah. Safa tahu, ibu mesti pilihkan yang paling beriman untuk Safa kan..."
"Cuba tengok dulu Safa."
Diambilnya foto di tangan ibu dengan hati yang berat. Dia belum bersedia untuk melihat wajah bakal suaminya. Baginya, paras rupa tidak penting dan dia tetap akan mengenali bakal suaminya apabila mereka telah sah menjadi pasangan suami isteri kelak.
Subhanallah, wajah yang cukup dikenali Safa. Air mata Safa mengalir deras. Lantas Safa memeluk ibu. Terharu Safa akan ketentuan takdirnya. Ibu mengusap-usap belakang Safa. Ibunya turut terharu mendengar tangis syukur Safa.
"Itulah, jual mahal. Ibu nak tunjukkan dari awal lagi tapi Safa tak nak."
"Safa tak sangka ibu. Tapi macam mana ibu? Ibu kenal dia? Tapi Safa tak pernah cerita pun..."
"Safa sayang, Zubair itu anak kenalan ibu. Setelah sekian lama ibu terputus hubungan dengan umi Zubair. Alhamdulillah, akhirnya kami bertemu semula. Banyak yang ibu bualkan dengan umi Zubair termasuklah niat ibu untuk mencari calon menantu. Umi Zubair yang cadangkan supaya menjodohkan Safa dan Zubair. Subhanallah Safa, ibu pun tak sangka itulah lelaki yang berjaya buat anak ibu menangis. Ingatkan sedih tinggalkan universiti, rupa-rupanya sedih tinggalkan Zubair ya..."
Safa termalu sendiri. Syukurnya dipanjatkan kepada Ilahi kerana menganugerahkan pertemuan yang indah ini.
"Ni ada surat dari Zubair. Umi Zubair yang sampaikan ke ibu. Dia minta ibu sampaikan ke Safa."
Bismillah hir rahmanirrahim,

Sungguh aku bersyukur dengan jalan jodoh kita. Safa, kemungkinan ketika kita berada di universiti suatu ketika dahulu, aku kurang mengetahui akan perihalmu. Namun, dalam diam aku mengagumimu, seorang yang sentiasa menjaga batas pergaulan dan auratmu. Sebenarnya, di hari graduasimu, aku sengaja hadir ke situ untuk memberikanmu sekeping warkah. Warkah untuk menyatakan isi hatiku sebenarnya namun aku terlewat tiba. Khabaran umiku akan dirimu membuatku menangis syukur. Alhamdulillah..aku bersyukur kerana Allah telah menetapkan Safa untukku, sebagai pelengkap rusuk kiriku. Izinkanku untuk membimbingmu hingga ke Jannah.

-Zubair-



Saturday, March 17, 2012

Modul.. :)


Salam khabari.. salam khabari.. salam.. salam...
Alhamdulillah modul pada hari ini berjalan dgn baik.
bermula seawal pagi pada pukul 8 dan berakhir pada pukul 5 ptg..
Bermula dengan ceramah 1, 2 dan 3.. bagiku ia tidak membosankan andai kita berfikiran positif..
di mana kita letakkan diri kita dalam keadaan yg betul2 berada dalam majlis ilmu..
Sesungguhnya ilmu itu adalah tuntutan agama.. :)

Pada waktu petangnya, bermula sesi LDK.. sesi ini sudah menjadi kebiasaan bagi setiap modul jika di adakan setiap semester. Kadang2 rasa bosan kerana ku sudah terbiasa dengan aktiviti LDK ini. Tapi, apabila pengisian itu menarik dan dapat kita manfaatkannya... input yang dapat adalah sangat unik dan memberi kesan yang sangat baik dalam diri individu itu sendiri.. Hubungan sesama rakan2 dan fasilitator juga bertambah akrab...

Thursday, March 15, 2012

Rindu itu...


Rindu itu menjelma lagi...
Menjengah ke ruang kalbuku..
Aku terkedu seketika.. tika mengenang kisah yang lalu..
Sesungguhnya rindu itu mengusik jiwaku..
Kasih ku hanya pada yang satu..iaitu kasih pada Yang Maha Kuasa.




Suasana terasa sunyi ibarat hening di pagi hari..
Tugasan demi tugasan perlu ku selesaikan satu per satu..
Masa itu tidak menunggu kita..
Setiap hari perlu ada perubahan demi perubahan ke arah kebaikan..
Ya Allah.. bantulah hamba-Mu ini.. Permudahkanlah segala urusanku..
Ku bersyukur atas segala rezeki kurniaan-Mu..

Scenery


..Hujan turun dengan lebatnya lewat petang tadi.. alhamdulillah rezeki datang lagi.. sesungguhnya hujan itu membawa rahmat.. :)
selepas habis kuliah ku ke perpustakaan. Banyak perkara yg nak di setelkan.. hu3. Maklumlah semester baru bermula.. tugasan2 dh mula diberikan.. so, do the best & perform well. Then, ku menghabiskan masa di kedai makan bersama teman2 serumah dan junior2.
Sesampai sahaja di rumah, macam biasa mesti nk tgk pemandangan di kawasan bukit. Banyak rumah dapat dilihat dari jarak yang jauh.. bcoz kedudukan rumah sewa ku yg agak tinggi.. he3. selepas hujan turun... ade kabus.. rasa seronok sgt... udara pun nyaman... damai rasanya... sejuk mata memandang melihat keindahan ciptaan Tuhan..
Moga hari esok aku dapat menyudahkan kerja-kerja yg masih lagi tertangguh... :)

Wednesday, March 14, 2012

Semester Baru..



Semester baru sudah bermula... perjalananku masih jauh lagi. Setinggi itu cita-citaku setinggi itu jualah harapanku.. ceeewahhhh.. ayat... moga impianku yg ku inginkan dapat menjadi kenyataan suatu hari nanti. Tapi, apa yg di ingin kan perlu ada usaha... usaha dan terus berusaha... jangan cakap kosong sajeee.. hu3... peringatan buat diri sendiri... sem baru ini lebih mencabar daripada sebelumnya.. banyak perkara ingin difikirkan... dilakukan.. yang penting nawaitu ku kerana Allah S.W.T

Harapanku semoga semester ini lebih baik daripada sebelumnya... aku harus kuat dan tabah dalam mengharungi liku-liku hidup ini.. kadang2 bila dengar bait2 lagu pun ku boleh jadi lebih bersemangat.. cthnyeee lagu Standing in the Eyes of the World '' ...Pahit getir hidup dan pengorbanan.. terpaksa dihadapi demi kejayaaan... terdidik sejak mula tabah berusaha... " dan juga Gemuruh nyanyian Faizal Tahir.. begitu menusuk kalbuku... hu3. Tapi, yang lebih bagus dan terbaik untuk di amalkan adalah dengan perbanyakkan berzikir.. Insya-Allah hati menjadi tenang.. kalau ade sape2 suka baca buku motivasi sedikit sebanyak dapat mencetuskan semangat dalam diri sendiri...

Antara salah seorang pakar motivasi yang ku kagumi dan minati adalah DR. HM Tuah Iskandar Al-Haj. Antara buku yang paling suka adalah buku " Membina Motivasi Cemerlang " dan " Nak Ke Tak Nak". Dua buah buku ini kubaca masa sekolah menengah lagi.. ade kawan baik yang syorkan.. Alhamdulillah.. banyak manfaat yang dapat dan sedikit sebanyak dapat meransang mindaku ke arah pemikiran yang positif dan berkeyakinan dalam melakukan sesuatu perkara. Selain tuu. dapat mendidik jiwaku menjadi lebih kental dan sentiasa memikirkan perancangan masa hadapan.. :)

Sebenarnya.. banyak lagi buku2 karya beliau yg belum kubaca.. tapi, ku sudah bertekad akan membeli dan membaca buku2 yang kuminati satu hari nanti.. maksudnyee slow2 laa.. hu3.
Sehingga sekarang kumasih lagi berminat utk membaca buku2 motivasi ini.. seronoknyee.
Moga ia sentiasa berterusan.. ku juga suka berkongsi sedikit sebanyak maklumat dengan famili dan kawan2.. mudah-mudahan dapat manfaat bersama...


" KNOWLEDGE, THE MORE YOU SHARE THE MORE YOU HAVE "

Saturday, October 15, 2011

Simple but nice... ;)

" I don't really call myself as a librarian.. But i do refer to myself as being in the field of Library Science... " ( Joe Sumalin of Corbis , Inc)

Saturday, October 8, 2011

Detik Berlalu...

... Masa itu bagiku ibarat emas... amat penting dan amat bernilai sekali... Sekarang dh bulan Zulkaedah,.. selepas kita menyambut bulan Ramadan dan bulan Syawal.. Detik masa yg berlalu amat cepat.... perjuanganku masih belum selesai... aku bertekad untuk mengharunginya sebaik mungkin dalam menuntut ilmu.... mudah-mudahan mendapat keredhaan Allah S.W.T.

... Manusia tidak terlepas dalam menghadapi masalah dan kesulitan hidupnya... begitulah dgn aku..
ku harus tabah menghadapinya... perlu bersabar.. dan ceria-ceriakanlah hidup ini...
setiap yang berlaku pasti ada hikmah-Nya...