"Ilahi kau yang kutuju..redhaMu yang kucari..kurniakanlah padaku kasih mencintaiMu & mengenalMu ♥"
Sunday, July 24, 2011
Tuhan beri aku cinta...
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa
Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina
Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta
Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta
Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina
Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta
Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta
Sunday, July 17, 2011
Luv this song!!!
Haram-haramkah aku
Bila hatiku jatuh cinta
Tuhan pegangi hatiku
Biar aku tak jadi melanggar
Aku cinta pada dirinya
Cinta pada pandang pertama
Sifat manusia ada padaku
Aku bukan Tuhan
*
Haram-haramkah aku
Bila aku terus menantinya
Biar waktu berakhir
Bumi dan langit berantakan
**
Aku tetap ingin dirinya
Tak mungkin aku berdusta
Hanya Tuhan yang bisa jadikan
Yang tak mungkin menjadi mungkin
Reff:
Aku hanya ingin cinta yang halal
Di mata dunia juga akhirat
Biar aku sepi aku hampa aku basi
Tuhan sayang aku
Aku hanya ingin cinta yang halal
Dengan dia tentu atas ijinNya
Ketika cinta bertasbih
Tuhan beri aku cinta
Ku menanti cinta…
Sunday, June 26, 2011
5 minutes...
Ujian Psikologi Mengenal Sahabat
Ujian psikologi ini adalah bertujuan mengetahui sejauh mana ketulusan sahabat-sahabat kita....soalannya mudah:
Anda diminta menanam pokok kelapa. Ada 4 tempat pilihan anda kena pilih...
1- tepi sungai
2- halaman rumah
3-tepi/tengah padang
4-belakang rumah/tepi dapur
Jawab dengan jujur ya!!!
Friends Graphic Comments
dah pilih????
ok setiap tempat yang dipilih membawa maksud tertentu...
1- tepi sungai
-boros
-sukar berjimat
-boleh juga dikatakan sangat pemurah/pemboros
2- halaman rumah
-sangat suka dipuji
-pantang dibodek/dipuji akan melayan orang yang dipuji dengan begitu baik sekali
3-tepi/tengah padang
-sangat berkira/kedekut
4-belakang rumah/tepi dapur
-penjimat
-pandai menguruskan kewangan dengan baik
-paling bersederhana dalam semua segi
Tuesday, June 7, 2011
Kucing dan Islam
Abu Qatadah berkata bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, "Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang perumahan)," [Hadis Riwayat At-Tirmidzi, An-Nasa'i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah].
Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW pergi ke Bathan suatu daerah di Madinah. Lalu, baginda bersabda, "Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bejana." Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju ke bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sehinggalah kucing tersebut berhenti minum lalu (baginda) berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, "Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis."
Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, ia lupa pada buburnya. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, 'Aisyah RA lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya. Rasulullah SAW bersabda, "Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling." Aisyah pernah melihat Rasulullah SAW berwudhuk dari sisa jilatan kucing, [Hadis Riwayat AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni].
Hadis ini diriwayatkan dari Malik, Ahmad, dan Imam Hadis yang lain. Oleh kerana itu, kucing adalah binatang, dimana, peluh, bekas dari sisa jilatannya adalah suci.
Nabi Muhammad SAW juga pernah memberi gelaran kepada Abd al-Rahman ibn Sakhr Al-Azdi sebagai "Abu Hurairah" yang beerti "Bapa anak-anak kucing" kerana sikapnya yang sangat menyayangi kucing.
Manakala menurut periwayatan Hadis Nabi didalam Sahih Bukhari Jilid 3, Buku 40, Nombor 552, menerangkan cerita seorang wanita yang telah terkena cakaran oleh seekor kucing dan bagi menghukum kucing itu, wanita tersebut telah bertindak mengurung kucing dalam sangkar penjara dan tidak memberikan kucing tersebut makanan atau minuman. Maka wanita itu dibalas/dihukum oleh Allah dengan buruk atas perbuatan wanita itu.
Sayangku Si Comel...


Sunday, February 13, 2011
Patience
Sometimes we feel alone and feel that we are being marginalized. When we think there is no more valuable in life and we see nothing but bleak road ahead. Do not despair and grief because God is always with us ...
Friday, November 19, 2010
Ungkapkan kata cinta!
AKU cintakan kamu, kaulah kekasihku dan seumpamanya, antara frasa yang sukar diungkapkan oleh sebahagian lelaki walaupun perasaan atau cintanya amat dirasakan.Tidak diketahui sama ada didorong rasa malu atau lelaki memang menyimpan perasaan, wanita harus faham sifat semula jadi lelaki. Ada segelintir wanita yang mendambakan ungkapan cinta daripada orang yang dicintainya tetapi bagai menunggu buah yang tidak gugur, si lelaki yang diharapkan tidak juga meluahkannya.
Apabila seorang Adam dan Hawa dipertemukan, tidak kira sama ada lelaki atau perempuan yang memulakan luahan terlebih dulu, sebenarnya mata berfungsi sebagai penyampai maksud dan pesanan jujur.
Tidak kira sisi mana pandangan pertama singgah, ia dikatakan boleh menzahirkan rasa cinta. Jangan hanya menunggu lelaki yang memulakan segalanya kerana ada lelaki lebih didorong rasa malu. Mereka enggan menuturkannya walaupun di hati bergolak rasa yang membuat dia resah sentiasa setiap kali memandang orang yang amat disenanginya.
Sebagai wanita, anda juga boleh mengungkapkannya tetapi biarlah dilakukan secara berhemah dan tidak memalukan diri.
Berikut mungkin beberapa tanda menunjukkan si wanita menyimpan perasaan terhadap seseorang, antaranya:
• Berbicara mengenai masa depan
Si dia senang duduk berbincang dengan seseorang mengenai masa akan datang. Mungkin soal rumah, kedudukan kewangan atau hal anak.
Jika ini tingkah laku yang ditunjukkan si dia, bermakna dia ingin bersama anda selamanya dan cara dia menunjukkan minat seolah-olah memberi gambaran kepada anda supaya faham keinginannya.
• Tunjuk minat
Sewaktu berbicara dengannya walaupun anda memperkatakan hal tidak munasabah, si dia masih memberi komen membina.
Setiap isu yang anda timbulkan mendapat sokongannya. Sama ada anda memang pandai berbicara atau dia menaruh minat mendalam terhadap anda, itu harus dikenal pasti.
Lebih jelas, jika dia memainkan rambut sambil tersenyum manja setiap kali berbicara. Jika anda kurang yakin dengan maksud yang cuba disampaikan, dapatkan pandangan rakan.
• Anda diperkenalkan kepada rakannya
Anda sudah diterima masuk dalam kehidupannya. Salah satu sebab anda diperkenalkan adalah untuk memberitahu rakannya, 'Ini aku punya', dan satu lagi sebab ialah untuk mereka menilai diri anda.
Jadi, pastikan anda turut mengambil hati rakannya, namun jangan sampai dia cemburu.
• Dia tidak senang duduk
Sesetengah wanita biasanya akan menunjukkan petanda awal yang tidak begitu jelas dan kemudian mengharapkan anda untuk mengambil alih peranan seterusnya.
Jika anda berjaya mengesan petanda ini, hanya sedikit usaha mampu membuahkan hasil kerana 'pintu' hatinyanya sudah terbuka untuk anda.
Biasanya tanda awal ini ditunjukkan dengan berjalan mundar-mandir di belakang anda atau tidak sengaja terlanggar bahu sambil menjeling manja.
Walaupun dia sekadar mengatakan 'maaf!', itu adalah petanda yang perlu diberi tindakan segera.
• Dia menjual dirinya
Jika percakapan atau gerak lakunya menunjukkan seperti dia sedang mempromosikan aset dan kelebihannya, bermakna anda sedang diberi petunjuk jelas olehnya.
Secara tidak langsung, dia ingin membuatkan anda terasa yang dirinya berbaloi untuk dimiliki.
• Bersikap terbuka
Biasanya wanita tidak akan mendedahkan terlalu banyak maklumat mengenai peribadinya. Hanya jika dia betul-betul berminat dan percayakan anda, barulah segalanya akan diceritakan. Anggaplah ia sebagai petunjuk utama mengenai keinginannya.
• Membayangi anda
Bukan membayangi seperti mengatasi diri anda, tetapi menjadi seperti bayang-bayang anda. Ke mana saja anda pergi, pasti dia akan mengikut.
Dia juga menunjukkan minat mendalam terhadap percakapan anda walaupun tiada kena mengena dengan dirinya. Dia sebenarnya lemas dengan keinginannya untuk mendampingi anda. Berikan dia ruang untuk menunjukkan kemahuannya.